Ketik

Monday, September 16, 2013

Hiking di Broga Hill

Ahad 15hb Sept kami ber-2 bertolak dari SUBES tepat jam 3am, ke Taman Bt. Belimbing fetch ornunie dan Eisya yang hari ni genap 4 tahun dan sekitar jam 4am kami gerak ke Broga Hill. Nak hiking and jungle tracking katanya. Gigih bawak beg sandang berisi dslr bersama 2 lense yang berat dan bawak budak cenonek yang mulut banyak tu..tiket masuk RM2, parked kereta kat dalam kebun sawit. Perjalanan mendaki sejauh 1.7km ke puncak bukit setinggi 300m dari paras laut kena melalui hutan bertemankan suluhan lampu handsets. Dalam gelap malam kami redah denai lecak sana sini dan lubang, batu serta akar kayu bersimpang siur. 3-4 kali berhenti melepaskan lelah. Separuh perjalanan dada sesak dan terasa nak muntah. Eisya yang gagah perkasa dengan tenaga kecilnya tak sudah2 minta jangan berhenti rehat lagi dan tak sabar nak mengejar kumpulan abang2 yang menolong memegang tangannya dlm gelap tadi. 

Sesudah hampir di puncak, fajar pun menyingsing dan masuklah waktu solat subuh bagi kawasan Semenyih dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Kami terus ambil wudhuk anggota2 wajib lalu solat beralaskan kertas surat khabar lama diatas tanah yang lembab di depan kaki ahsoi sekeluarga yang turut berhenti melepaskan lelah. Tidak larat lagi untuk meneruskan pendakian yang lebih curam dengan kecerunan 75 darjah, kami meningggal Eisya dan mamanya di check point tersebut dan menyertai barisan pendaki2 lain yang berderet dan jam untuk ke atas. Cuma 3 min jer lagi untuk sampai puncak.



Hasilnya....inilah dia, sambil berbaring di hamparan batu beralaskan helain surat khabar lama dan berbumbungkan langit fajar sambil disapa hembusan bayu dingin yang nyaman. Malangnya tak nampak bintang atau bulan maupun fajar saddiq kerana pagi agak mendung dan dingin. Embun2 jantan betina sudah mula naik ke atas meninggalkan permukaan dedaun dan bumi. Malangnya port tempat kami bersidai ni tak kelihatan sunrise nya. 


Lalang dan rerumput serta semak yang menjulang udara masih basah diselaputi embun.




Puncak Broga yang popular di kalangan warga Malaysia itu...takder la nampak macam kat oversea pun, I love my country..


Eisya dan mamanya...sampai tertidur budak kenik ni menunggu auntynya turun.. ikutkan dia nak naik sampai atas nun. Bila hari sudah mula terang kami pun mula berjalan menuruni bukit dan meredah hutan lagi. Malangnya, sesudah kira 200m berjalan turun, saya tergelincir jatuh gedebuk macam orang jatuh lalu terseliuh lah kepala lutut. Oh mai...sakit sengal tak payah nak cerita. Beberapa minit kaki ini kehilangan rasa. Nasib baik ada 2 org hero sudi menolong, sorang tolong bawa bag dan sorang lagi tolong memimpin, memapah dan menyambut tuan hamba yang sudah hilang upaya ni untuk turun cerun2 curam kat situ hinggalah sampai ke kawasan agak landai di bawah. 

Betis dan lutut yang tadinya kehilangan rasa kini sedah perit dan sengal hingga ke pergelangan kaki sebab beban badan sudah terpaksa ditampung pergelangan kaki sahaja. Nasib baik kaki kiri so masih dapatlah drive membawa balik ahli2 rombongan cik kiah ke rumah masing2, di pekan Semenyih sempat singgah makan nasi lemak di gerai tepi jalan yang pelanggannya beratur tak putus2 untuk sepinggan nasi lemak wangi. 

Sesudah sampai Subang teruslah drive ke klinik tapi biasalah doktor poliklinik harmoni...kata doktor dia, lepas tiga hari kalau masih sakit datang lagi tapi jangan lagi pakai jeans sebab tak dapat nak selak tengok kepala lutut tu bengkak ke tidaknye...bayarlah ubat tahan sakit dan inflammatory cream tanpa apa2 sensasi RM29. Balik jer terus lumur 3 jenis bam pala sebab tak sure yang mana ada sensasi panas. So sehari dua ni, merasalah bersolat di atas kerusi atau di birai katil saja sebab lutut dan betis sakit tak boleh berdiri, bengkok atau jalan...mudahan2 tak melarat, dan kena cari tukang urut pro lah nampak gayanya.

Sudahnya hari ni macam2 rasa ada, kesakitan, kepenatan dek kerna badan yang sudah mula terasa sengal2, kena basuh anak2 kecil lagi, gigih pergi basuh kereta pula, pergi beli roti dan tomato kat kedai dengan kaki yang tempang, kena buat correction proposals, kena jawab email2 dan kena layan laki yang merengek minta dilayan lagi..eh! I ada laki ke? Huahua am not dreaming....

Serik dah...tak mahu naik Broga lagi..cukup2lah heh. Pasni pergi naik canopy walk kat FRIM la pula tapi katanya trek nya curam dan licin juga.

Sampai bertemu kembali...

No comments: