Ketik

Monday, July 08, 2013

Selamat menyambut Ramadhan

Salam Ramadhan 1434 H. Semoga Ramadhan tahun ini dapat diimarahkan dengan lebih istiqomah....InsyaAllah

Semoga Allah mengurniakan rahmat dan menyirami dengan kasih sayangNya yang tidak pernah putus

Semoga malam2 dapat dihiasi dengan amal ibadat yang berlipat kali ganda dari biasa

Semoga dapat cergas bangkit di 1/3 malam bersolat2 sunat dan bermunajat kepadaNya

Semoga balasan pahala untuk diri sendiri yang dikerjakan sepanjang Ramadhan ini dapat ditingkatkan lagi seumpama mengumpul harta bertumpuk2 hingga melimpah ruah.....

Semoga dikurniakan rezeki yang berkecukupan walaupun tanpa nilai wang ringgit yang banyak dan pangkat yang tinggi....

Semoga aku terus tunduk dan bersyukur dengan anugerah rezeki, anugerah sihat dan anugerah usia ini...

Amin ya Rabbalalaminn....

3 comments:

syahirahlahmi said...

selamat menyambut ramadhan k.maya...semoga diberi kekuatan utk beramal di bulan yg mulia dan penuh barakah ni

DrMaya said...

You too...balik puasa Malaysia?

W. Hidney said...

salam ramadhan cik doktor