Ketik

Tuesday, June 18, 2013

Cerita Umrah

Sudah hampir seminggu balik dari umrah dan saya masih demam serta batuk. Memang sangat meletihkan. Takder daya nak bercerita details kat sini saya sharekan kembara 2 minggu ke tanah suci Mekah dan Madinah. Katanya gambar mampu menceritakan segalanya...key mari kita jelajah random pic ni..



1. Kami lepak menunggu ahli kumpulan yang belum selesai umrah wajib
2.  Kami berihram di miqat (3)
4. Jalan balik ke hotel dari masjidil Haram
5. Jus segar yang sedap
6. Suasana masa di airport Jeddah waktu nak berangkat balik

* Tak pasal2 kastam Arab Saudi ajak saya kawen masa check out, bila kata tak nak panjang berjela dia memujuk...gediks! Makcik2 bujang lain pula tolong "I do" kan bahahaha



1. Di perkarangan masjidil Nabawi
2. Di halaman masjid Quba' (masjid pertama dalam sejarah Islam)
3. Di hadapan pintu King Abdul Aziz (pintu 1) Masjidil Haram Mekah
4. Di kawasan Kaabah sekepas tawaf sunat




Di ladang onta, saya tak berani nak minum susu onta tu sebab alergik susu...takut karang tercirit2 nak beribadah macamana pulak kan? Dan tak berapa excited dengan onta2 ni sb masa kat OZ dah pernah tengok lomba onta...bangsal pengembala onta pulak macam bangsal Arab Badwi yang nomad jer...hihi...main hantam info sajah :p


1 dan 2. Di tapak tinggalan Masjid Thur kalo tak silap...ingat2 lupa plak. Banyak yang tulis nama atas batu, saya pun tatau apa rasionalnya?
3. Bukit Nur yang terletaknya Gua Hira tempat Rasulullah s.a.w. berkhalwat beribadat jauh dari ancaman kafir Quraish, tempat di mana baginda mendapat wahyu pertama.
4. Pemandangan khemah2 tetap di Mina yang sesayup mata memandang dari atas bas jer
5 dan 6. Di Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa...tempat doa minta jodoh yang mustajab :)


Sudut2 menarik dan hebat Masjidil Haram di Mekah


Perkarangan Masjidil Nabawi di Madinah...nyaman sekali terasa seperti berjalan di taman2 syorga. Di sinilah letaknya masjid nabi dan makam baginda s.a.w. Di sisinya terdapat perkuburan Baqi (perempuan takleh masuk kecuali setelah mati). Boleh berdoa pada Allah minta meninggal di sini untuk menjadi jiran Rasulullah. Aman jer perasaan kala itu. Seronok seolah2 sudah di syurga (tentunya di syurga berlipat ganda lebih lazat lagi sebab kita hanya bersenang2 sahaja, tiada kerja atau ibadat lagi). Di sisi makam baginda s.a.w terdapat Raudah (taman2 syurga) tempat mustajab memanjatkan hajat pada Ilahi dan memohon syafaat baginda rasul.


Lagi sudut indah Masjidil Haram (1 dan 2) dan Masjidil Nabawi (3 dan 4).


Wajah2 paling kudus semasa di tanah suci...hehehe....kena pakai burqa sebab kat Mekah sangat berhabuk banyak pembinaan sana sini. Pecah batu sana sini...Cuaca pula panas dan perit..memang patutlah ganjaran ibadah di sana 100K kali ganda dan di Madinah pula 1K ganda berbading tempat2 lain di donia yang fana ini (menurut kata mutawif kita). Hakikatnya sangat susah nak dapat kusyuk di Masjidil Haram kerana perangai macam2 orang dari pelbagai ceruk donia...so untuk dapat lebih kami selalu berkqiamulail di masjid dari jam 2am membawa ke subuh sekitar jam 4.30am..time tu tak ramai manusia dapat lah buat solat2 sunat semua termasuk solat sunat hajat 12 rakaat dengan 6 salam untuk mintak jodoh, murah rejeki dan lain2 sebagainya...aminn...Semoga dipanggil lagi kesana sebab 2-3 hari lepas balik rasa rindu jer suasana beribadah kat sana. Indahnya solat berkiblatkan Kaabah di depan mata....

No comments: