Ketik

Monday, May 20, 2013

Di mata mereka aku lebih muda dari usia?

Sejak dua menjak ni sering aku mengalami situasi di bawah:

1. Di office kawan lelaki yang 9 tahun lebih muda dari ku sering menyebut "cik adik" kepadaku bila diriku terlebih aksi atau tersasul tingkah * rasa nak tampar pipi sendiri

2. Jiran ku yang kelihatan sebaya dengan ku bersama anak perempuannya yang kira2 4-5 tahun satu lif dengan ku, apabila ku menegur anak tersebut ibunya menyuruh anaknya "jawablah soalan kakak tu"...hati ku menjerit luluh "aku bukan kakak aku aunty....." * meleleh hingus

3. Sewaktu hadir kursus umrah bersama kakak sulong yang lebih tua 9 tahun, kawannya di sebelah bertanya "ni siapa, anak ke?".....* aku pun terus landing tanpa rasa

4. Sewaktu terserempak dengan jiran berlainan level di depan lif lalu beliau bertanya tentang adik bongsu ku yang lebih muda 6 tahun.. "abang awak tu kat mana sekarang?" Lalu aku terkebil2 abangku yang manakah pernah bermaustatin di rumah ku?

Apakah erti semua ini? Apakah kerana SK II? Ha ha...

Sebenarnya SK II macam tak berapa nak berkesan kat muka ku. Mungkin kulit lebih terik dan kurang kusam tapi bintik pigmentation akibat UV tinggi di OZ tetap tak hilang :( . Macamana nak hilangkan?

No comments: