Ketik

Monday, May 27, 2013

Aku datang menjadi tetamu MU

Setelah difikirkan masak2 sampai jadi kari...Saya decide nak counter balik apa yang saya tulis semalam.

Saya teringat prinsip hidup seorang sahabat baik saya kurang lebih berbunyi camni....

"Tebarkan kasih sayang sesama makhluk tidak kira siapa pun dia, InsyaAllah kita akan mendapat balasan kasih sayang yang berlipat ganda"..

"keluh kesah tiada guna, hiasi hidup dg senyuman optimis dan tebarkan manfaat kepada sesama sekalipun manfaat itu sebesar biji sawi"

Justeru saya putuskan tidak akan berhenti berkawan dengan hamba Allah yang saya tulis tentangnya semalam. Beliau tidak pinta dilahirkan ke dunia begitu dan bukan selayaknya bagi saya untuk menyombong dengan kesempurnaan dan kelebihan yang saya punya untuk diskriminasi manusia yang lain. Saya juga punya segala kekurangan. Lagi pun beliau sebenarnya normal. Penampilan fizikalnya normal dan nalurinya juga normal. Apa saja sejarah hidupnya jikapun seperti yang saya sangsikan, saya tidak mahu tahu dan tak berhak tahu. Yang penting siapa dia sekarang. Bagaimana kita tidak mahu orang mempertikaikan masa lampau dan kekurangan kita, pasti org lain juga tidak ingin dipersalahkan atas ketentuan Allah terhadapnya.

Malam tadi beliau kedengaran sangat sedih dan cemburu bila mendengar riuh rendah di rumah saya dengan kehadiran ahli keluarga yang lain. Saya bersimpati dengan kesedihan beliau yang keseorangan di dunia ini tanpa ahli keluarga dan sesiapa. Jadi apa lah salahnya saya kekal menjadi kawan beliau. Mungkin saya mampu memberi sedikit kebahagian dan kegembiraan pada nya. Kerana itu tidak bermakna saya perlu korbankan kebahagiaan sendiri. Mungkin dari situ Allah akan mengurniakan saya lebih banyak manfaat dan kasih sayang dari semua insan di sekeliling saya. Mungkin nanti Allah akan menemukan jodoh saya yang sebenar. InsyaAllah...

Saya ambil kesempatan ini untuk membuktikan segala corak pemikiran dan prinsip hidup saya selama ini bukan sekadar madah, ingin saya realisasikan keikhlasan saya dalam menerima segala ujian dan ketentuan Allah terhadap saya.

Malam ni saya akan berangkat ke KLIA dan awal pagi esok akan terbang ke Madinah dan Mekkah melalui Dhaka untuk menunaikan umrah. Sehingga pagi tadi, hati saya masih "kotor", so sekarang saya ingin ianya bersih sebersihnya sebelum saya datang menjadi tetamu Allah beberapa jam lagi....InsyaALLAH.




2 comments:

blog usang said...



kita dilahirkan di dunia ni ada kelebihan dan kekurangan..yg ada kelebihan tak boleh menyombong diri..

suka entri Dr.

DrMaya said...

TQ