Ketik

Wednesday, March 06, 2013

Mata yang sering menipu atau hati yang sering tertipu

Apabila mata bertentang, senyuman ikhlas terlempar lalu berbalas renungan tanpa kata. Namun tiada riak senyum di sana, cuma pandangan tepat yang sulit diekspresi minda. Kemunculan yang tak disangka barangkali sedikit menggugah, namun tiada terkejut. Bijak sembunyi rasa. Dua patah kata lalu terucap, menjemput mendekat. Sekali lagi senyuman terukir bersama lirih ketawa kecil tiada keruan. Keliru. Tangan pun sedikit terangkat melambai perlahan. Pipi memerah terasa hangat. Dari kedekatan balik pemisah cuma sehasta. Apakan daya punggung berlabuh bagai terpaku. Tidak berganjak. Berwajah tenang, sepasang mata terus-terusan melirik pandang. Sekali dua kali lalu berkali-kali. Panjang leher mencuri dengar, bangun berlegar tanpa bicara, tanpa ekspresi. Sedetik hilang fokus dan mula tersalah tingkah. Galau rasa membidik sanubari. Gerangan apa sudah terjadi? Apa maksudnya? Komunikasi sejelas cermin kaca yang membias ini, punya pelbagai andaiannya. Tiada mampu ditebak. Kacau, galau berganda-ganda. Ah! Masalah baru….Ingin menyapa ke matrix sana, namun imej yang membayang bahkan makin memudar. Lalu berteleku lagi cuba kembali ke fana, yang tiada pernah apa-apa….Bingung

No comments: