Ketik

Wednesday, February 06, 2013

Urusan TH saya...


Bulan lepas saya ke Pejabat TH SA sebab nak buat buku akaun baru menggantikan buku akaun yang hilang dalam rompakan pecah kereta awal bulan. Sebelum tu saya ke Imigresen, disebabkan nombor giliran yang saya dapat adalah besar i.e. ada 60 orang sebelum saya, maka saya memutuskan untuk ke TH. Masih awal pagi..tentu dapat selesai cepat telah saya.

Di TH saya diberi borang buku hilang oleh polis bantuan kat kauter nombor. Nombor saya tak lama, ada kira2 5-6 orang sebelum giliran saya. Leceh juga nak mengisi borang yang panjang lebar tu, hati saya sedikit risau kalau2 nombor saya di Imigresen di aras 2 PKNS SA terlepas. Setelah menunggu sekitar 20-30 minit nombor saya pun dipanggil.

Lama bangat seh berurusan di kaunter TH ni..saya cuma nak buat buku baru dan check status daftar haji yang saya buat online seminggu sebelum. Banyak saya baca komen urusan kaunter TH macam ciput khinzir. Tapi entah mengapa urusan saya yang agak lama tu terasa sangat “mengujakan”. Kenapa? Sebab pegawai kaunter tu sempat tanya boleh propose saya apa tidak? Dan beliau siap ajak keluar minum hujung minggu nanti.. Separuh terkejut saya pun, aaa??? Sambil tersengih2 “malu” lalu bertanya “Siapa? Ada calon ke?” Sebab org tu nampak agak matang waimo dia agak smart..muahaha. Maka berlangsunglah acara taaruf, peribadi dan latar belakang saya termasuk bilangan adik beradik, anak ke berapa etc..ditanya dengan bijaksananya oleh beliau. Nombor telefon disalin dan status diri dicatat pada sehelai borang ringkas yang saya tak pasti untuk apa? Hermmm…terlebih peramah kah saya? Agak comel ke saya (Cak! saya tau saya mmg comel walaupun dah tua…kehkehkeh).

Dalam pada ditaaruf itu tetiba saya terasa ada seseorang di belakang hingga buat saya berpaling, lalu ternampak sorang makcik tersengih2 intai muka saya dari belakang. Pelik sungguh rasa hati ini dikala itu. Setelah selesai urusan, saya mengucapkan terima kasih dan beliau berkali2 ajak jumpa di hujung minggu yang free. Waktu saya berlalu saya perasan sungguh ramai orang sedang menunggu di kerusi2 yang tersedia. Hoho…jangan salahkan saya mengapa urusan kaunter TH cam ciput khinzir, kerana pegawai kaunternya sempat berborak, mengorat dan ajak pelanggan comel dating…hihihi..kembali ke Imigresen nombor saya dah lepas! Alamaknya saya terpaksa ambil nombor baru dan menunggu lagi. Nasib baik tempoh menunggu Imigresen dan urusan saya di kaunter Imigresen hari tu cepat. Seminggu kemudian saya dapat call dan sms ajak dating!...beberapa minggu kemudian saya tolak ajakannya dengan sopannya kerana saya takut saya tersalah langkah lagi. Tapi saya izinkan beliau berhubung dan selebihnya saya serahkan pada Allah.

Selari dengan pertambahan usia dan kematangan, pandangan saya tentang cinta dan kawen telah berubah 360 darjah. Ini bukan zaman saya keluar bersosial dating tanpa hala tuju. Ini bukan lagi zaman saya dimanja2 dan diperhatikan god father yang berpoket ketat, Eh?!…saya mencari imam yang boleh membimbing dan menemani saya ke jalan yang benar dan halal. Setiap orang punya hak untuk berbahagia, saya juga….wallahuaklam.

No comments: