Ketik

Monday, February 18, 2013

Turn off Q

Korang tau tak apa antara cabaran hidup masa kini? Saya contohkan 3 kat bawah:-

1. Gadjet
2. Duit dan
3. Makan

Gadjet

Terima kenyataan bahawa dunia telah sangat maju ke depan. Dulu kita tengok touch2 udara sebagai ganti screen kat hollywood movie jah...sekarang anak2 2-3 taun jer pun pandai sreehh3x pakai jari telunjuk jer...semua main touch2 jer, macam HP ENVY 20 saya hehe...tak payah nak terkebil2 bila anak atau anak buah yang masih pelat bergigi susu asek main dan mintak tablet. Bahasa pulak wifi, down load etc...eg. anak buah saya umur 5 tahun tetiba tanya kenapa SOUND makcik sama dengan makdek? Sib baik dia tak cakap kenapa "AUDIO"...pencuri pun asek curi gadjet jer takder dah nak curi buah pelam or jambu moksu Timah macam zaman saya kecik2 dulu...hahahha

Duit

Semua pakai duit, kejar duit, mati duit hidup duit...org masuk politik ibarat masuk lubuk duit, org nak menang PRU tabur duit, nak mati pun kena labur duit (insurance)...Apatah lagi nak cari bini...nak berkenalan pun kena duit tau tak? Bukan sebab nanti nak belanja prosperiti mekdi. Merisik sekarang ni takyah bagi beras bercampur antah untuk diasingkan, tapi lelaki..lelaki ya..ya lelaki bertanyakan jumlah gaji dan bonus perempuan. Hairan? Toksah hairan...saya dah berkali2 kena...huhu nak saya kaya dulu ke baru nak saya? Habis saya time sekolah dulu2 pakai kasut buruk koyak, baju lusuh dan selalu ikat perut tak makan tengahari dan menangis di surau menahan lapar setiap rehat...macamana gerihnya untuk dapat rezeki yang sekarang, tetiba merisik ditanya gaji, bonus, rumah dan kereta...terus turn off walaupun muka dan body u macam Salman Khan or Bradley Cooper hahaha...siapa dapat fahamkan saya ttg kekeliruan ini? Oh..sebab nak share belanja kawen yang maha tinggi..yer ke?? Len kali saya nak jawab "Gaji saya sikit jer tak banyak mana..sama ngan gaji CEO u, kenapa? Nak honeymoon atas cruise ke? Muahaha..

Makan

Perut tau nak makan jer kan, makan pulak nak yg sedap2 jerk, alang2 nak belanja takmo dibelanja mekdi, nak nandos dan seoul garden jerk...pastu perut kembang dan gendut, pakai losyen mustajab10 botol tak kempis2 juga hahahha....setiap kali makan musti mau snap gambar, dah snap post kat fb heh? Lalalala...kita semua buat tu. Eh! I sorang jer ke yang buat? Kita kena tau adat berjiran kalau masak dan bau makanan tu terhidu keluar kita kena share dgn 40 jiran..ha, kalau friend fb kita 1k, kita kenalah share ngan 1k "jiran" kita tu...bukan harus tapi wajib hantar sepinggan kat saya hahhaha






No comments: