Ketik

Thursday, February 14, 2013

Lan Pet2 tumpang kereta

Dah lama tak tengok/terserempak org shooting filem, tadi berkampung produksi Kabir Bhatia kat LGM, Sg. Buloh. Pepagi buta kita baru masuk kawasan dan petang rewang kita balik dorang masih kerja...Okay alang2 dah sebut pasal shooting dorang tu, ni nak share sket..kesahnya...

Time kitorang nak keluar beli lunch kul 11.30am tadi, tetiba ada orang tahan kereta saya, sebab tak pakai spek tadi saya tak nampak jelas mukanya sapa org tu..Dari jauh nampak lelaki berbaju batik kuning depa tangan panjang2..rupanya Lan Pet2. Wah pandai dia, pilih kereta best, kereta kecik dan kereta kancil yang sebelum dan selepas tanak tahan. Ingat kan nak tumpang gi keluar ke apa? Wajib la saya caj RM50 hahha..

Terpaksa berenti dia bukak pintu belakang...jenuh dia suruh kawan saya gerak ke tepi sebab dia nak naik sama dan kawan saya takmo berganjak..hahaha lawak tul la Lan tu.. akhirnya kawan saya terpaksa berganjak dan biarkan dia masuk. Bisinglah kami dalam kereta tak bagi dia masuk dan cakap nak kena caj RM50. Saya sempat tanya citer apa? "Gila Baby" katanya...entah betul entah tidak..Tapi, alahai bukan nak tumpang keluar pun, depan sket jah dalam 50 m dia buat lawak ngan Beto Khusairi kat medan letak kereta lalu keluar dari kereta saya sambil cakap ni bini no 1, ni bini no.2 dan tu bini no.3 kat kami bertiga kat Beto...hahahhaha...bodoh betul. Si Kabir Bhatia cuma sengih2.  Selepas beberapa minit baru kami boleh berlalu.

Yang menyampahnya cuma 1, time nak balik dorang suka suki hadang jalan ngan kon polis dan divert ke jalan lain yg lebih jauh, banyak bumper dan lecak..haish! Muncung la saya sambil drive sambil kru2 kat khemah tu nampak yang kita tak suka "gangguan" komersil tu...harap esok dorang dah habis shooting.

2 comments:

Miss PIJAOSIX said...

pergh...lan pet pet tu....die tu memang giler2 sangat..pernah jupe die twice mase dekat shah alam.

Maya said...

Pija stay Shah alam ke?