Ketik

Saturday, January 19, 2013

Saya kena rompak lagi

Sudah lebih 2 minggu dari detik saya menjadi Jane Doe. Pada 3/1/13 jam 6.30pm sewaktu saya pergi jogged kat taman tasik di Kota Damansara cermin kereta saya telah dipecah dan 2 buah bag i.e. bag komputer yang berisi macbook pro 15', 2 externl hard discs, 1 elektronik dictionary, LGM executive log dan pencil case bersama2 2 thumb drives juga hand bag Guess bersama purse yg terkandung semua identiti diri i.e. ic, student card, lesen memandu, kad2 ATM, kad kredit dll semua kena rompak. Dalam hand bag tu juga ada passport, buku akaun ASB dan LUTH. Sangat sial keling yang tak de sivik tu. Ya, saya dah nampak keling sial tu masa mula2 masuk parking. Saya nampak dia gelisah duduk bangun dan mundar mandir area parking. Hati saya sudah terdetik keling ni lain macam lalu saya sorok hand bag yang kaler putih belakang bag sandang berisi laptop yang kaler hitam. Dgn penuh kepercayaan cermin kereta yang agak gelap mampu melindungi imej bags. Tak terdetik pula dihati untuk turunkan seat dan simpan bags dalam bonet. Saya sebenarnya nak parking dekat dgn post guard tapi nampak mcm penuh so reverse balik. Masa reverse tu la perasan keling jahanam tu. Dah tu masa dah tekan lock kereta perasan keling jahanam tu dok perati, then saya nampak ada petak kosong dekat post guard,dah nak alihkan kereta tapi tak alih jugak. Bahana tak percaya gerak hati.

Sudah jogging hampir 1 jam, balik ke kereta tengok cermin belakang sebelah kiri dah hancur berkecai dan bag2 dalamnya dah takder! Kereta sedikit calar. Bayangkan yang tinggal pada saya cuma kereta dan kunci kereta. handphone dua2 tak tinggal dlm handbag sebab tak mau dikacau kala jogging kononnya. Blackberry dan samsung yang penuh kenangan lesap. Belum sebut lagi isi kandungan external hard disc...semua data2 kerja PhD, kerja masa kat LGM sejak taun2 awal join, segala file peribadi, gambar2, file kerja dan segalanya!!! Sekelip mata saya jadi warga tak beridentiti.

Terus saya terduduk dekat tayar kereta, nak call siapa pun takder nombor. Nasib baik ada Lina yang jogged bersama. Dia lah yang tolong call polis, call bank untuk blok kad2, call telco untuk blog nombor, sib baik ada kawan yang ada nombor adik saya yg kat kedah. Dari situ kawan saya msg abang di fb, dan bagi no Lina untuk berhubung dgn saya. Kunci rumah dan kunci ofis dalam hand bag juga turut hilang!. Saya suruh abang dari Serting datang bawa kunci spare dan tukar tombol serta mangga pintu malam tu jugak. Pegawai penyiasat datang amik gambar etc...dan saya ditemani Lina hingga jam 12am hingga abang sampai. Nasib baik ada kawan yang sangat prihatin. Kalau tak saya tak tau macamana keadaan saya waktu tu.

Abang beri pinjam saya RM500, Lina beri RM1200 dan Linda top up pnone RM50. Iya sehari selepas tu saya pergi dapatkan balik nombor2 phone tersebut. Tetiba saya dapat sms notify aktiviti redeem reward point di petronas kota damansara. Celaka sungguh! Sempat dia guna mymesra kad saya untuk redeem point. Aktiviti tu tepat jam 6.59.06 petang kejadian. Bermakna waktu saya sedar kereta dipecah dia baru beredar kerana jarak antara seksyen 9 dan 6 cuma sekitar 1.5km. Malangnya kerana saya dapat sms tu setelah 2 hari yaitu pada hari Sabtu dan kejadian berlaku hari Khamis. Saya terus ke kedua2 stesen petronas dan siasat resit2 dan imej CCTV. Tiada resit! dan 219 point = RM2.19...bermakna dia refill petrol motor. Oleh kerana sudah 2 hari dan sequence CCTV sudah panjang, budak petrol stesen tak dapat check untuk saya pada petang sabtu tersebut. Hasil siasatan saya maklum kan pada Inspektor Minder, pegawai penyiasat kes tu. Pada selasa lepas baru dia gi siasat setelah diperli. Ya, saya tanya dia balik ada ke pergi tengok CCTV kat petronas? Dia balas "No" dan saya balas balik "Oh ok...so police report just for stat but the police do nothing to stop the crime". Sampai hari ni tak tau apa hasilnya. Sebelum tu, sebab dah tau dia guna reward kad, kebetulan saya juga ada beberapa reward kad outlet lain i.e. watson dan tesco. So, saya pergi ke semua watson kota damansara dan mutiara damansara minta tolong mereka ambil detail sesiapa yang redeem point pakai akaun saya tadi. Saya juga ke pusat servis apple di e-curve mutiara damansara mintak mereka hold kan laptop macbook saya andainya si jahanam tersebut pergi untuk reset password atau tukarkan screen LCD yang pecah. Ya! screen macbook saya retak dan sudah berbulan2 saya survey untuk cari replacement. Sangat susah nak cari. Kata apple center kos dia makan RM2000, kat lowyat RM900, kat mudah my dan black market harga dia RM450 dan mana2 kedai komputer biasa tak pandai buat apple sebab susah kata mereka. Untuk reset password bukan macam laptop biasa yang ada button kat belakang. Programmer kena buka dan godek2 dalam. Cuma ada satu apple service yang boleh baiki kerosakan fizikal area ni. Kat Epi Centre e-curve dan OU tak buat. Selebihnya ada sekitar 6-8 apple service area KL. So, harapan saya jahanam tu tak dapat nak jual dgn harga tinggi..Biasanya kita akan berharap akan segala kemungkinan.

So, saya tak pasti samada si jahanam tu boleh apa2kan macbook saya. BB dan samsung juga saya set pin code. Katanya untuk reset pin code BB kedai2 akan caj RM50, so tak berbaloi untuk harga semasa yang RM100-200. Entahlah, saya ada harapan untuk dapatkan kembali harta2 bernilai saya tu. Memanglah komputer, phone semuanya kita boleh beli baru. Tapi isi dalam tu...terumatamanya external hadr disc tu...seluruh usaha hidup saya dalam tu. Nasib baik, sebulan yang sudah saya ada emailkan salinan thesis word dan pdf ke gmail akaun saya sendiri. Sudahlah sekarang sedang buat correction thesis. Nasib baik juga saya ada tinggalkan copy folder PhD dan beberapa berkaitan kerja di PC ofis di UQ. So, supervisor saya sedang berusaha untuk recover semua files tersebut. Deleted files juga katanya boleh direcover. Beliau minta tolong ITs kat sana untuk recover folder2 tersebut. InsyaAllah konvo bulan June nanti saya akan pergi ambil.

Sekelip mata hidup saya jadi sulit. File2 kerja yang saya dah sempurnakan selama 3 bulan masuk kerja semua gone. Ada beberapa file saya berjaya re-trace dari emails. Saya terpaksa memulakan semula banyak benda. Dugaan ini sangat berat. Saya baru saja settle down dan mulakan hidup dengan lengkapnya. Tetiba saya kembali zero dan perlahan2 recover. Alhamdulillah selepas 2 minggu, ic baru dah siap, lesen dan buku2 akaun saya dapat ganti pada hari yang sama berurusan. Bercutilah saya pada Jumaat dan Isnin untuk berurusan di setiap PBT terbabit. Hari Jumaat pergi selesaikan urusan di PBT yang ada sebelah Kota Damansara i.e. ambik sim kad baru, report polis, buat ic baru. Oleh kerana kereta saya dah hantar ke Mazda service, so Linda bermurah hati pinjamkan kancilnya untuk saya berurusan pada hari tersebut. Pada hari Isnin selesai urusan dgn PBT di sebelah Shah Alam i.e. imigresen, pesuruhjaya sumpah, JPJ, LUTH dan ASB. Passport dah lulus dan insyaAllah next week saya gi buat baru, sib baik tak kena denda dan ic juga tak kena denda sb kes jenayah. Passport yang hilang tamat 2016 sebab baru renew tahun 2011 lepas....tapi apakan daya saya....saya berdoa sungguh2 identiti saya tidak disalah guna penjahat keling jahanam tersebut.

Bila kita terkena musibah begini then kita sedar upaya kita sangat terhad. Memang seluruhnya saya serahkan pada Dia. Alhamdulillah kerana ada kawan2 yang bersama2 saya menghadapi kesusahan tersebut, beban saya terasa sangat ringan. Saya tidak sedih seperti mana pertama kali laptop saya dicuri semasa di Gatton dulu. Saya juga akan lebih mempercayai gerak hati. Waktu ni jugalah kita kenal siapa yang benar2 sahabat. Walaupun Daryl membebel, tidak bersimpati dan concern ttg data2 sahaja, tapi sekurang2 Donald Irving memberi kata2 semangat dan menenangkan. Sekurang2nya Madan tidak komen apa2 melainkan offer diri untuk tolong recover folders saya di sana. Kawan2 rapat bersimpati dan menghulur bantuan.


4 comments:

~dalamdiri~ said...

Kesiannya Maya..sabar ye..ujian tu sungguh berat. Saya tak penah kena maka saya tak tahu rasanya macam mana. Mungkin bila saya duk tempat Maya saya lagi rasa tak keruan, dan harap ada org yg bagi support. Mungkin dengan ingat semuanya milik Dia, kita ini zero sahaja sebenarnya, dapat membantu kita yang kehilangan barang yang kita rasa milik kita. Dia ambik apa yang dipinjamkan sekejap. Kalau kita bersabar, ganjarannya lebih besar.Ni semua ujian kecil dari Dia.Musibah yang paling besar adalah bila kita dilimpahi nikmat tapi kita lupa ucapkan syukur padaNya. Saya mintak maaf sekiranya saya nampak macam berlebih-lebihan.

~dalamdiri~ said...

Orang2 yang selalu kena ujian ni sebenarnya orang yang Allah sayang..
Dia sayangkan Maya.

syahirahlahmi said...

Salam k.maya, astagfirullahalazim dasyat sungguh apa yang jadi.moga k.maya diberikan kesabaran untuk lalui ujian ni. Doakan semoga Allah membalas setimpalnya pada yg melakukan ni. Insyaallah doa yg teraniaya dimakbulkan, moga k.maya kuat dan tabah. Malaysia sgt bahaya. Never leave your valuable belonging inside ur car even simple thing like smart tag atau baju2 sbb diorg mmg akn pecahkn tingkap.

Maya said...

Okay, terima kasih komen2 membina ni