Ketik

Saturday, December 29, 2012

Tudung stylista

Sejak dua menjak ni feshen2 tudung bagai2 nan hado kat bumi fana ku Malaysia ini. Butik2 maya ni bertempek2 iklannya kat mana2 website. Bagi yang dah maju sket boleh bukak butik di rumah2 kedai. Kebanyakkan pengusaha butik2 ni muda mudi lps graduate 1st degree. Baguslah, bijak pandai adek2ku sekarang bina kehidupan dgn bertapak dlm bisnes. Macam2 nama ada...fareeda, radiusite, sugar apa ntah, Qish Qish dll.

Turut tergoda dgn promosi maut dari adek, saya pun terbeli..terbeli ya, tudung tipis bermanik radiusite. RM80 ya untuk sehelai kain organza tipis kaler biru nila yang sampai sekarang saya belum pakainya. Antara tak reti pakai atau takder baju sesuai untuk dipadankan. Saya rasa sebab utama ialah tak reti nak pakai, selain tudungnya transparent..huahua..Tetiba teringat komen Paul cikgu english saya kat ICTE dulu..kata dia, pakaian saya tiap2 hari musti mau matching from head to toe...hahahha..cikgu yang sangat romantik dan penyayang sebab setiap ketika akan mention bini dia dalam kelas, sampai ramai gegirls kat ICTE jatuh sinta sama dia, walaupun dia botak. Dia pernah cakap, "I know among you are highly educated and professional, have a degree higher than me..but I'm your (English) teacher" ...kalau tak kerana dia dan latih tubi dari nya tentu IELTS saya tak setinggi tu, antara penyebabnya..

Hokay, berbalik pada kisah tudung. Bukanlah bermaksud mengutuk sesiapa..sekadar pandangan peribadi. Pernah tak anda merasa pelik tengok feshen2 tudung alaf baru ni? Ada yang beruba turban Afrika (Yuna), berupa layah rahib (Najwa Latif dan Hana Tajima), berbelit2 penuh colourfull macam aci junjung teko dari sungai Ganges pun hado...memacam lar hihi. Sekali tengok, rimas pun ada. Susah payah dan gigih putar2 dan kelepek2 tudung tu pepagi sebab nak Nyata jelita katanya. Kalau dulu pakai nama retis untuk lariskan tudung, sampai Mawi pun pakai tudung...sekarang nama2 dengan abjad double e atau bermula Q dijenamakan. Super singkat dan duper jarang plak tu...mahal toksah cakap. Tudung2 saya sendiri pun kurang labuh, tapi nyata dan jelas tudung2 letops yang konon glamer tu sangat tidak menepati syariat untuk dikatakan guna penutup aurat. Material yang jarang, singkat, penuh warna warni striking dan bermanik serta berlabuci lebih kepada perhiasan yang berlebihan semata2. Kasian tengok...macik2 pun pakai tau.

Saya cuma pakai tudung kain "jersey" (nama yang diberi sorang adek kat UQ, Gatton)..tudung "bibik" (nama yang diberi adek saya), yang dibeli di Muaz tekstil Jln TAR, KL. Biarpun tak glamer, tudung ni selesa kerana kainnya tebal, agak menutup dada dan senang dipakai dan dibasuh. Murah pulak tu...kurang dari RM10 sehelai..antara RM5-9 jerk saya beli kat situ. Tapi kalo korang beli di butik2 sekitar jangan haraplah dapat harga tu..paling murah korang dapat RM20 untuk tudung yang sama, ada yang cecah RM50. So...pilihan kan ada, cuma jalan sket jer ke deretan belakang sepanjang lorong tapak pasar malam antara kompleks Chambel dan Semua House tu. Selain boleh beli borong, kita boleh beli antara 10 helai tudung dengan harga yang sama untuk cuma 1 tudung Raduisite..kadang2 sama jer patern dia, cuma ada tambahan brand butik di tudung butik2 tu. Eh! ter-promosi Muaz plak dah heh? Kurang dah pakai bawal sekarang...sebab sangat malas nak gosok pepagi.

Hmmm...mungkin sipemakai tudung pelik2 tadi merasa chanthek, fashionistas, urban dan glamer dgn style tudung tu, tapi hakikatnya sangat buruk dan jelek ya kalau tak kena cara dan gaya. Kecuali kalau kita super jelita macam Lynda model radiusite tu :P

1 comment:

Miss PIJAOSIX said...

Kan awak...macam-macam jenis tudung skrg ni....asalkan kepale ditutup je konsepnyer