Ketik

Saturday, December 29, 2012

Puisi Cinta Seorang Suami


Syahdu puisi yang ditulis seorang suami yang baru kematian isteri beliau ni...saya cedok dari fb seorang kawan.



Kulepaskan Kau Kembali
(Belangsungkawa buat isteriku Ramlah Rashid)

8 oktober 1976,bersemi cinta di batas rindu
Dia menyatukan kita.Menyemai bahagia
19 dec 2012,terhenti alun samudera
Kau pergi tanpa berpaling.Kembali mengocak ombak
Aku di pelabuhan.Tertinggal menanti noktah sendiri.

36 tahun di perjalanan.Pelayaran tanpa noktah
Kadangkala mabuk sendiri.Merentas 7 lautan
Memunggah karang di pesisiran.Membina pulau-pulau harapan
Terbentang titian.Berganding seiring.Merentas sempadan malam
Di tebal kabus malam.Kau melepaskan tanganku.Pulang sendirian.

Asal tanah.Kembali ke tanah
Ada hidup tak mati-mati.Abadi di dakapan Ilahi
Doaku,damailah kau di taman firdausi
Menyusul aku;tanpa henti.

Yajuk
Bukit jering
26 Dec 2012

No comments: