Ketik

Monday, December 24, 2012

Langkawi dan aku...

Peluang gi Langkawi buat pertama kali, diulang pertama kali...ya pertama kali sepanjang hidup yang dah suku abad ni. Saya drive dan untuk sampai Jitra makan masa sekitar 6 jam. Ni 1st time drive jejauh sejak 4 tahun kebelakangan ni. Stamina dah out dan asyik ngantuk saja.

Syukurlah sambil berkerja berpeluang merehatkan minda kononnya kat tempat baru sesambil shopping yang tak berapa sakan. Sebabnya cekelat tak berapa minat dan barang dapur semua dah ada.

Sekarang satu badan krem dan kepala sakit :(, makanya outstation sangat memenatkan. Banyak nak komen sebenarnya..nanti kan merepek2 pula dan merasa tak bersyukur pula. Tapi ini hakikat. Sikap org kita masih sikap masyarakat kelas 3 walaupun negara kita dah ada bangunan tertinggi di dunia dll..kalau dulu bila org asing komen negara kita kotor saya akan marah. Tapi kini, saya turut marah sebab negara dan org kita memang pengotor!

Antaranya..di jeti Kuala Perlis, sebaik habis perjalanan terakhir jam 7pm, sampah memenuhi bawah2 dan atas kerusi menunggu. Bukan selai dua ya. Tapi seluruh dewan menunggu. Padahal tong sampai merata dan sangat banyak. Bila saya jenguk dlm tong sampah, tongnya kosong tak bersampah!

Then bila feri dah sampai, semua pakat berebut naik. Sangat heran dan marah bila tengok lelaki2 muda gagah perkasa memotong barisan dan tak menyempat untuk naik atau turun sedangkan nenek2 pakcik2 tua dan budak2 kecik terkial2 di depan mereka. Sampai ada yang terhimpit ke dinding. Saya sempat membebel "orang muda gagah perkasa dah boleh ke bersabar sikit?" dkt salah sorang yang berkenaan..tapi dia buat bodo tanpa sebarang perasaan! Padahal seat feri cukup untuk semua orang bahkan banyak kosong dan feri cuma bertolak bila semua org telah naik. Jadual feri pula 30 minit sekali.

Dekat hotel pula, sebaik check in masuk tgok bilik agak kotor. Habuk tak berlap dan dinding bilik air berkulat dan berlumut. Padahal nampak jelas kesan lengkungkan di permukaan perabut yang disapu dan yang tak disapu. Boleh dia buat cincai sapu sikit2 jer. Setiap penjuru bilik pula habuk dan kotoran melekat tak bersapu. Homaigad....terpaksa suruh bersihkan balik. Sesudah dibersihkan balik, kesan spray melekit2 kat remote control tak berlap! Bunyi gaya macam banyak songel saya ni kan? Meme lah, saya bayar mahal2 tapi servis cam haram. Sebotol Mr Muscle baru $5 jer..5 ketul span baru $2 jer.

Pastu, ada sekali saya stuck tak dapat keluar dari lif sebab semua yang nak masuk berebut2 masuk. Di tangan sorang2 beg shopping besar2 belaka. Padahal yang nak keluar ni cuma sorang dan yang nak masuk ramai! Can't believe mereka tak boleh tunggu kita keluar dulu baru masuk dengan sopannya. Macam takde minit dah tunggu. Takde pilihan saya pun terjah keluar langgar mereka semua! Tanpa sepatah kata, sebab kalau saya buka mulut maunya pakcik2 makcik2 tu semua saya maki..huhu

Dekat cafe hotel pula, tergamak ada yang merokok! Sudah ditegur budak hotel pun masuk balik sambil pegang puntung rokok yang berasap2. Sudahlah tak sayang nyawa sendiri dgn orang lain sekali dia nak bunuh :(.

Okey, selang masa yang ada sempat lah gi naik cable car ke gunung mat cincang ke apa? Hoh..sejarah dah lupa. Mak saya join gak, sebab mak saya dah tua dan tak berapa sihat budak jaga pintu suruh duduk kat tempat menunggu dan kami beratur panjang adalah dekat 30 minit. Bila dah dekat mak saya dan adik yang meneman datang lah. Eh! pakcik kerek kat belakang panggil budak bertugas dan kononnya report mak saya dan adik potong line. Padahal semua orang nampak mak saya jalan berpimpin dan macam siput sedut dibawa adik ke depan kami. Sedangkan dia sendiri masa memula masuk line berbual2 ngan anaknya yang potong line masa beratur beli tiket dan dia siap cakap "kena buat camtu, kalau tak kul 4 karang baru kita leh masuk" Berbulu sungguh saya ngan pakcik bongkak tu dah la perut gendut dia asek digesel2 kat kita..meluat sungguh.

Dah dekat atas pula, masa nak turun ternampak gumpalan pampers kat atas lantai betul2 di muka pintu cable car terbuka sambil bergerak. Mulia jer najis tu landing kat situ. Tak boleh gamaknya cari tong sampah or simpan jap pastu buang dalam tong sampah ke hapa. Sangat memalukan! Dah lah pelancong asing pun ramai.

Pastu sempat gi Island hoping jap. Kat jeti tetiba perut memulas sebab mmg dah 2 hari cirit birit. Akibat makan kerang rebus kat gerai atau kari ayam kat hotel tak pasti pula. Satu2nya toilet yang ada dimangga rapat! Then tanya makcik kat kedai situ cakap takder toilet. Saya terpaksa gi ronda kat hotel TNB kat situ..pun semua toilet dimangga! Terpaksa tahan sakit doh..Tiba kat Tasik Dayang Bunting makanan kami diserang monyet! Orang2 yang ada sekitar pula masing2 dok amik gambar macam makanan kami dan monyet tu bahan pertunjukan atau ada acara monyet feeding kat situ...tanpa sorang pun tolong usir monyet jantan yang garang tu! Iya menatang tu garang bila kita hambat dia nak terkam kita. Ku cari2 sesiapa penguasa tempatan yang bertugas tak dak. Lempar batu baru lari. Bila monyet dah lari, kami gerak sikit nak naik tangga dan nampak orang LADA, sorang tgh mundar mandir dan sorang tgh briefing pelancong. Padahal kami terjerit2 histeria tadi. Naik dua tiga anak tangga tetiba terbau hapak dan hanyir....rupanya toilet! Bayaran masuk 50 sen! Terpaksa bayar gak. Dah orang bayar mahal, takan nak beli clorox sebotol tak leh?

Kat tasik pulak, saya gatal pi sewa jaket dan terjun ke air..nak berenang ke tengah tak dapat sebab kaki saya asek disedut ke bawah pelantar. Tasik 10 meter dalam dan saya terkial2 nak naik balik tak dapat. Tapi takde life guard! Mujur ada sorang abang dan sorang kakak ni tolong angkat saya naik.. Terpaksa 2 orang sebab saya ni debab hahaha....Mak saya dah panik nak terpa ke arah saya yang terkial2 dalam tasik dan adik terpaksa tarik dia dgn kuat sebab dia mati2an nak gi tolong saya walaupun saya kata saya ok..adeh..rupanya2 jaket saya terlalu kecik dan saya pula gi terjun tempat yang takder tangga. Tadi yakin benar yang diri ini boleh berenang2 dengan bergayanya...hampes.

Dah balik ke darat, dgn pakaian basah2 semua, tapi takder air paip nak mandi atau basuh! Padahal kita bayar mahal2 takan LADA takleh sediakan batang paip untuk orang bersihkan badan, takleh nak cover bil air? Takleh bayar syarikat angkut taik yang dah penuh???. Kena tunggu baju kering baru leh naik kereta dan balik. Tak kan nak naik kereta yang disewa tu dgn pakaian basah masin kan? Kereta baru umur 2 bulan jah. Kereta kita pun sayang, ni kereta sewa kena la jaga jugak. Karang kalo kita dapat kereta buruk rosak kita jugak meroyan.

Adoilar....area cenang pulak asek bau taik dan longkang. Pengalaman kat Langkawi sangat tak menyenangkan. Sungguh menyayangkan pulau lagenda kita tidak dilestarikan sebaiknya.

Sinopsis saya tentang Langkawi...I hate Langkawi & I hate orang2 yang buat Langkawi kotor dan jijik. Biarpun papan tanda "Jadikan Langkawi Bersih" serata ceruk pekan. Saya rasa no more Langkawi for me :(

BTW...kat tempat cable car tu ada taman yang bertemakan Korea dan bendera Korea sana sini. Bila amik gambar saya tengok gambar saya balik sambil merepek *lagi..."aku ni kat Malaysia ke kat Korea?" Segala2nya nak Korea..dari feshen pakaian, gaya mekap, makan, seni pertahanan diri, muzik dll..Kita nak promote Langkawi ke Korea sebenarnya???

Aih!....Cukuplah meroyan untuk kali ni, saya nak tidur sebab penat sesangat. Sok nak masuk kerja dah. I do hope suatu hari orang kita jadi lebih bertomak ninah juga pembersih dan negara kita pun bersih.


3 comments:

~dalamdiri~ said...

adeh..sakitnya hati baca maya. sebab tu la orgyang berkemampuan semua pakat2 nak berhijrah ke luar negara, sebab mentaliti rakyat m'sia macam....saya yang tak pegi pun tumpang sakit hati. maya, word verification utk komen ni buat susah nak komen la.sekarang ni ramai org gi mana2 dengan kamera tergantung kat leher, bukan apa, nak amik gambar yg dorang rasa menarik, lucu,dan share kat fb, bukan nak menolong orang tu. saya pun penah kena tapi dlm keadaan berlainan. penah tengok ada org jatuh sakit tetiba, nazak (sbb lps tu dia memang meninggal), sorang ni terus kuarkan tab dia dan amik gambar, tak hormat langsung org tengah sakit.

Hans said...

lama dah saya xpergi langkawi
bila baca balik rasa macam terkejut pula
tapi ada kebenarannya juga
orang kita masih di takuk dulu
kan?

Maya said...

Kena ubah dari sekarang. Bermula dgn diri sendiri kemudian anak2 kita dan org2 sekeliling kita