Ketik

Tuesday, November 20, 2012

Permulaan

Sebalik kesedihan dan ke-frustration saya semalam sampai tak dapat tidur malam tadi dan pagi tadi pergi mengadap Datuk KP dgn kepala pening hingga saya terlupa banyak point penting ttg PhD saya yang beliau tanya, bila balik office saya terima 1 email.

Email yang tak tau saya nak jelaskan bagaimana. Cuma ulas bibir saya yang tersengih2 sambil geleng2 kepala tak henti. Antara rasa org meletakkan keyakinan yang terlalu tinggi terhadap saya serta rasa serba kekurangannya diri saya. Kali ini bukan lagi kemungkinan Spam email seperti yang saya pernah post dulu. Tentang jemputan dan perlantikan saya sebagai chairman scientific session conference.

Kali ni saya benar2 dilantik untuk mempengerusikan session perbentangan oral oleh para peserta pada Malaysian Plant Physiology Society Conference 2012 bulan depan bertempat di Langkawi. Tugas chairman ialah duduk di meja atas pentas, memperkenalkan peserta yang akan membentangkan kerja research mereka, mengulas output pembentangan dan menjemput floor mengajukan soalan. Sekiranya tiada soalan dr audience pengerusi seharusnya mengajukan beberapa soalan kalau mampu supaya session tu "hidup". Biasanya chairman ni org yg sangat arif dan sangat senior dlm bidang berkaitan.."otai" bahasa pasarnya.

Saya turut present oral nanti, doa banyak2 jangan pulak slot saya diletakkan as leading paper..hancus! sebab sampai skang saya tak tau nak letak ia di bawah topik apa?? Tambahan ia cuma ttg pokok Acacia holosericea yang Datuk KP kurang minat dan tanya kenapa saya tak buat on rubber? Daryl sendiri pun dah terminated research Acacia.

Merasa diri belum bersedia dan tak layak saya bercadang untuk menolak. Tetapi merasa tidak professional saya lalu menjelaskan kebimbangan saya andainya tidak mampu perform well, since I'd never had an experience before. Tapi saya turut menambah, but if this is a privilege InsyaAllah will try to give my best. Peluang ni too good too loose, sebab selain mencantikkan dan menambah value CV saya, ia turut melatih saya meningkatkan professionalism dan membuat saya bersedia ke arah menjadi senior. Di mana hingga sekarang saya perasan diri masih junior kerana tak banyak sumbangan scientifik saya pada industri.

Benarlah kata2 dorongan Pak Karyudi tempohari...apabila kami bercerita tentang kurangnya saya di mata orang sebelum ini..kata beliau, apabila kita sudah ada Dr. orang treat kita berbeza dan kata2 serta idea kita didengar orang..waimo saya belum pun sah Dr.

Saya mengambil semua ini sebagai satu peluang untuk saya merubah persepsi org terhadap saya dahulukala. Saya berani mengambil tanggungjawab yang ditawarkan di atas demi peningkatan kerjaya saya di masa hadapan. Menjadi "somebody". Saya ingin terus maju dan tidak pandang ke belakang lagi. Semoga kejayaan terus mengiringi saya dan semoga segalanya berkat..aminnn...doakan saya juga teman. Ini baru permulaan....

2 comments:

Miss PIJAOSIX said...

salam Maya..

tak salah kot nak cube..hehee

Maya said...

wassalam Pija..

Betul tu...TQ