Ketik

Monday, November 26, 2012

Padang oasis yang indah

Pagi tadi sebelum saya terjaga dari tidur, roh saya telah mengembara ke suatu tempat yang sangat indah. Saya berada di sebuah kolam jernih yang di dalamnya dipenuhi ikan2 yang cantik berenang ke sana ke mari. Di pinggir kolam tersebut terdapat sepohon pokok berdaun rimbun dan sebahagian ranting2 dan daunnya mencecah permukaan air kolam..di seberang sana terdapat rumput tebal nan menghijau serta bunga2 daisy putih. Di sebelah rimbunan bunga daisy ada rumput berbunga kuning keperangan dan terbuai2 lembut ditiup angin yang sepoi2 bahasa. Di sebelah pokok tadi ada jalan yang saya kurang jelas bentuknya tapi jalan bertanah yang bersih. Di pinggir kolam terdapat sebatang kayu mati yang menjadi tempat saya melabuhkan punggung..

Sebentar kemudian roh saya berada di suatu hutan lapang yang sangat menghijau dan lembab. Hamparan rumput tebal berwarna hijau terang dan basah tidak tinggi tidak gondol seperti hamparan rumput mutiara luas saujana mata memandang. Terdapat beberapa pokok2 tinggi berbatang lurus berwarna kecoklatan berselang2..embun melata di permukaan rerumput yang sebahagiannya berbunga kecil. Di sini saya sedang mencari seseorang yang saya tidak pasti siapa.

Kemudian saya kembali semula ke kawasan kolam, saya terfikir untuk merakam pemandangan indah tersebut. Teringat saya tidak bawa kamera lalu saya merakamnya dengan camera handphone. Kemudian saya nampak gambar yang terakam turut merakam susuk tubuh saya sendiri dari belakang yang sedang duduk berteleku di atas batang kayu hampir reput tadi...mengadap kolam...kemudian saya terjaga dikejutkan bunyi saluran air dari rumah sebelah yang membingit..

Setelah terjaga memori saya masih di sana...tempat yang tidak pernah saya sampai atau lihat di mana2 photo. Sangat indah ibarat saya berada di syurga? Kalau itu lah yang layak saya gambarkan. InsyaAllah satu hari saya akan lakarkan pada sekeping canvas. Terlalu sukar untuk mengambarkan keindahannya dengan kata2, dan saya juga tak yakin mampu menterjemahkannya dalam bentuk lukisan.


Apa yang saya nampak adalah kombinasi gambar2 di atas di satu tempat yang tdk diketahui

Saya berharap ini satu dejavu yang mana roh kita telah pergi ke suatu tempat yang kita ingin pergi tetapi jasad kita sendiri tidak pernah sampai....dejavu ini di mana roh kita mengembara bagi memenuhi impian kita...semoga suatu masa kelak saya akan berada  di situ....

No comments: