Ketik

Sunday, November 04, 2012

Home sweet home

Fuh...nyaman terasa kembali berada di rumah sendiri. Sejak balik bulan 7 ritu dah mula melengkapkan rumah kesayangan saya ni. Selama 4 taun tinggal org lain duduk tak banyak beli barang. Cat lama wajah lama tapi eksesori2 baru, dulu taste lain sekarang taste lain hehe..saya cadang nak tukar kaler bilik utama..nak cat hijau lumut certain dinding, biar sejuk dipandang kala buka mata pagi2.


Ini ruang living saya, masa banyak dihabiskan sini. Tengok TV, makan, main internet dan macam2 lar. Bilik yang dijadikan office ntah ke mana officenya. Jadi bilik solat  fully occupied. 



Bean bag dan Eye curtain tu fly from OZ key...masing2 AU10 sebijik dan 15 jer sebidang. Satu lg bean bag dah kasi hadiah ke abang. Kalau kat KL eye curtain tu mau RM200++ kan? Lace belakang baru beli tadi kat Giant Kota Damansara, tetiba plak labuh dia tak sama..hantam saja lah. Kalau tak kerana excess baggage sebenarnya nak beli lagi 1 set eye curtain ritu. 

Payah tul nak cari bean kat KL ni, ptg tadi jumpa 2 bag harga RM11 setiap satu. Kalau kat sana mana2 kedai pun ada, $9 setiap satu yang kuantiti bean dia bersamaan 2 bag yang saya beli kat Giant tadi. Jangan tak percaya...ada kawan saya siap shipping lagi bean ni berkotak2 dari OZ..hahaha, sampai abang kastam pun suspect semacam sebab pasaipa kotak2 tu besar bagak tapi ringan jerk. Saya tak buat  la kerja tu...membazir jerk sebab shipping dia kira meter cubic bkn berat. So, mana la saya nak cari bean lagi untuk isi 2 lagi set bean bag sofa+ottoman dan stream chair+ottoman saya ni? Murah jerk stream chair tu cuma AU10 dan sofa tu AU24. Kat sini sekarang nampak ada banyak gak yang bunjut macam kat atas nun tapi tak tau  berapa harga dia?





Ini pula ruang depan pintu tempat pakai kasut dan melaram depan cermin sebelum melangkah keluar rumah dengan jangok dan bergaya ala2 model kih3x....



Opps! tak lupa, ruangan makan walaupun cuma digunakan kala mana bila ramai ahli keluarga lain datang check in jerk. Tetap sama macam dulu, time tu selera saya klasik dan antik. Yang bertukar cuma table cloth tu. Sib baik...kalau belum beli ritu, pasti set meja makan ni kontemporari selari dengan selera saya yang dah upgrade :p..Err..sebenarnya saya dah offer kat adik saya, sebab saya nak jugak beli yang kontemporarinya design, tapi dia tak mau plak. Huhu...nafsu tul kan?


Akuarium belum upgrade lagi, belum ada masa nak singgah kedai akuarium ah soi yang dulu2 suka cubit pipi dan picit hidung saya kat tepi jalan depan LGM tu. Dia kata saya cantik, sebab tu suka cubit pipi saya...haish! Untung2 sekali sekala dapat beli ikan hiasan dengan harga diskon. Buat masa ni ikan2 baru belum dibeli...dulu sebelum/setelah balik kerja dan ujung minggu saya selalu sembang ngan ikan2 comel saya. Nampak jer saya datang dekat dorang akan masing2 hurung dan galak lompat sana sini dlm aquarium tu...Nanti sok kalau rajin saya serbu kedai dia, harap tak tutup sebab dulu hari Ahad selalu tak meniaga. Sambil nak cari pokok hidup setinggi saya nak letak sebelah aquarium. Errk, air aquarium tu sebenarnya bersih cristal clear, tapi semalam saya excidently tabur terlebih pellet ikan. serta merta dia tukar kaler sebab ikan yg cuma 3 ekor tu tak habis makan semua. 


Bilik tidur walaupun cantik *ngee...tapi takleh lah tempek kat sini, privasi katanya..Ehehe...Oky doky ya cik2 manis, puan2 jelita, dan pakwe2 hensem ...malam2 minggu ni buat apa lagi kalau tak layan tenet sambil tengok movie kan? Jum layan transformer dulu...cau cin cau..



No comments: