Ketik

Monday, November 26, 2012

Boy in me


Menjadi org bujang banyak kelebihannya. Selain kita jadi kuat mental kita juga jadi extra berdikari dan  kita pelajari banyak ilmu kehidupan...hehe..Tak percaya? Percaya atau tidak, kadang2 org lelaki sendiri tak reti buat menda2 ni semua. Malam ni saya nak cakap pasal ilmu ketukangan. Kalau ketukangan bunyi sangat pro, kita panggil saja ilmu fixing sistem piping kat apartment...hehe.

Rumah saya dah berusia sekitar 6 tahun, so banyak benda dah mula rosak dan perlu dibaiki atau ditukar baru. Contohnya sistem piping dan plumbing kita ni. Bertahun2 face bowl bilik air dlm bilik utama rumah saya ni dripped. Baru last week saya baikinya SENDIRI. Aha! Terer tak saya? Rupanya kita hanya kena tukar gelang getah dalam kepala paip tu saja. Bila abang2 saya selalu nak mengepau tools box hadiah beli kereta baru (2 dah saya ada sb dah beli 2 kereta), saya takan senang hati beri kpd mereka. Sebab barang2 tu selain sangat comel berbagai bentuk ia sangat berkuasa memudahkan urusan kita seharian. Ce bayang IQ orang yang invent benda ni...saya sangat kagum. Abang saya sibuk jer mengomel koleksi saya termasuk gergaji besi mini (yang sya beli untuk tujuan potong sample pokok Acacia) etc...sib baik set tukul spanar kaler pink kat Wayne dah habis sebelum saya balik ritu, kalau tak saya turut angkut ia balik..hihi

So, sebelum memulakan kerja...dlm gambar 1st tu adalah tools yang saya guna untuk baiki kepala paip di face bowl saya tu...susunnya atas meja solek..dah namanya pempuan hiks! Pempuan yang boyish. So dlm gambar plg kiri dan tengah barisan bawah tu adalah sinki yang siap dibaik pulih. 

Hokey, alang2 bertukang pada ujung minggu lepas saya turut menukar getah penyambung mangkuk toilet dan seal dgn gelang besi. Selain tu tukar kepala paip yang melekat di dinding dgn tiub besi dlm gambar barisan atas paling kanan. Pakai tenaga tangan jerk..sebab saya rimas dulu pakai tiub getah selalu hitam2 dan selalu kena spend masa sental lumut kat paip getah, penat. 

Sekarang saya sedang tunggu org atas fix lantai bilik air tengah diorang. Sebab leaking dan merosakkan siling bilik air dan bilik kecil umah saya. Bila dia baiki saya kena tukar board siling bilik air dan cat semula siling bilik solat saya...disgusting sesangat tengok siling berkerak basah kaler ceklat cenggitu..kotor! I hate it. Dan ini juga akan bakal dibuat sendiri juga. Kalau kita boleh buat sendiri buat apa bazir duit upah orang kan?

So skang, selain menukar bateri kereta dan re-chargenya, saya dah menguasai kepandaian lain pula. Pernah tengok program Home & Garden?? Saya sebenarnya ter-inspirasi dari program tu..bila perantara perempuan dia boleh bertukang kenapa saya tak leh? Suka tengok program The Apartment? Cuba tengok, wanita2 cantik dan stylo boleh renovate rumah dengan sempurnanya...Anda bagaimana? :)

Dan sekarang saya tidak lagi rasa aneh adanya sifat2 boyish ni...sebabnya.....Men's Secret ada menjelaskan nya hahaha....Petikan point 5 disalin dan saya bersaiz 14!

5. She’s a ‘man’ at heart
“I find it cool when she has chipped nails filled with glue trails after a night of working on a project,” a guy friend confessed. The same reason as to why men think we are beautiful when we fix computer bugs, change the bulbs, and lift heavy things without whining. More than a lover, men long for a friend; hence their attempt in finding our ‘boyish’ qualities beyond the delicate appearance.



No comments: