Ketik

Friday, November 02, 2012

Berbicara tentang materi

Eii...saya cemburu tgok kawan2 semua dah beli rumah besar. Materinya saya mungkin mampu untuk beli juga, tapi saya risau....sangat risau. Kalau saya mati cepat siapa nak langsaikan hutang harta2 saya tu? Hutang rumah makan puluhan tahun, sampai pencen pun belum habis bayar. Ambik insurance Takaful Malaysia? Iya..boleh, tp bila saya dah tak ada, siapa nak mewarisi harta2 tu? Saya takde anak. Mak saya bukan orang KL, itu pun dah tak mampu urus diri sendiri. Adik beradik saya semua sudah ada kehidupan sendiri.

Plus saya tak sure penghujung kerjaya dan hidup saya akan berkesinambungan ke mana? Saya ada kurang lebih 30+ tahun lagi hayat khidmat jadi kuli. Kalau boleh saya tanak habiskan 30+ tahun tu selamanya jadi kuli. Itu pun kalau umur saya panjang. Keinginan untuk kembali ke tanah tumpah darah masih ada... jauh di sudut sanubari. Jadi petani pun takpe lah asal boss.

Hii....rumah pangsa 3 bilik, 2 bilik air pun tak habis saya gunakan. Nak kemas habuk2 atas perabut, kusi meja pun tak sempat. Dapur pun jarang masak. Dok solo nak masak pun malas. Makan sorang baik beli jer. Nak beli pun bukan payah, bukan macam masa dok obersea lagi..serata ceruk ada kedai makan siap. Kalau umah besar mewah, dok sorang..pun takder bezanya. Mengundang lebih besar marabaya mungkin ya. Senang orang nak rompak, bunuh etc...eeiirrkk nauzubillahiminzalik.

Takper lah..buat masa sekarang, selagi saya solo rumah pangsa keluasan 720+ meter square ni cukuplah. Saya ada "penjaga" kiri kanan atas bawah...hihi..at least jiran saya ada nombor telepon saya dan saya ada no. telepon dia. At least jiran saya tau nama saya dan di mana tempat saya berkerja. At least adik beradik saya sering datang bertandang walaupun terpaksa tidur di ruang tamu..saya rasa rumah kecil sarang burung saya sekarang memadai buat saya untuk saat ini. Kurang2nya saya tak buang duit bayar rumah orang untuk sewa. Alang2 rumah saya pun makin naik tinggi nilai semasanya. 

Kalau ada rezeki saya kedepan hari, insyaAllah saya akan miliki juga apa yang orang lain miliki....

No comments: