Ketik

Wednesday, October 17, 2012

Saya bakal dibedah?

Horradio! Kurang rajin plak nak hapdeq blog skang nih...busy katanya hihi. Bukan busy dgn kerja sb time sekarang ni masih tempoh mengadaptasi dengan kehidupan "baru", sistem baru dan segala2 sistem lama yang sudah terdomant sekian lama dalam sudut otak yang tersorot. Urusan untuk settle down sedikit demi sedikit disempurnakan.

Acara mengemas dan membersihkan rumah sampai pengsan..bebudak tu duduk rumah macam warehouse tinggal. Ada tayar vespa, enjin lambreta, payung pasar malam, baju2 zaman saloma, aquarium busuk macam air longkang, paip drip.. segala macam lah...dah berguni2 baju2 lama hantar welfare.

Ni nak habaq, urusan membeli kereta baru sudah selesai yiippii! Sujud syukur. Tu nampak manual M3 tu lebih tebal dari thesis aku. Nak khatam ni baca sambil tidur. Sambil tengok TV takleh sangat sebab sambil tu jugak berlayar internet. Akhirnya mata kat laptop, telinga dengar TV hahaha..sebab dah ada astro beyond katanya, so selalu jam 1 ke 3 am baru tidur hiks! Baik dengar radio jerk yer tak? Nak2 skang sudah tinggal sendiri sb adik2 yang bersimbiosis kat rumah I dua2 sudah laku dan keluar menjalani penghidupan masing2. Tinggal I sorang jer yang belum laku2 * tetiba nyanyi lagu cari jodoh


Dah settle semua urusan, ni urusan mama tercinta masih gitu2 jah. Sangat sedih sebab beliau sekarang sudah tidak sihat lagi. Tidak seperti dulu. Jasadnya ada, tapi jiwanya tiada bersama kami. Terasa sangat kehilangan dan rindu bonda kami yang dulu2..yang boleh dibawa bercerita, curhat, bergurau senda dan gaduh2 sayang. Scan otak beliau sudah mengecut dan several pembuluh darah tak berfungsi. No wonder bonda kami tak dapat berfungsi dengan sempurna. Saya rasa sangat menyesal bawa dia ke OZ dulu, walaupun sebelum pergi dah ada tanda2nya...sebab dia sangat stress dan kesunyian....tapi apa nak buat? Sekarang hanya mampu berdoa pada Allah supaya dipelihara kesihatan dan keselamatan. Tak boleh tinggal dan biar dia buat sesuatu sendiri takut accident. Nak bawak tinggal sama pun tak boleh sebab rumah apartment lagilah tak sesuai..bahaya. 




Ah oh ih...sudah la bermuram durja dan bergelak ketawa...hidup itu sangat indah dan damai bila kita positif hihii...neway, sebab semua urusan dunia dah settle satni saya gi klinik. Dapatkan reference letter kat atas tu..Saya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh...Aramak! nampak tak emergency surgery tu???? kecut hati ku. Selama hidup tak pernah di"surgery" hokey. Ke hospital pun bilang ngan jari pun tak habis jari. Urrmmm...next week la I gi spital tu, sebab kalo gi esok kang tak pasal2 kena tahan kat spital, tak dapat nak hantar kancil ke Temerloh, dan tak dapat nak jumpa bonda I. Katanya nak datang rumah ngan abang ujung minggu ni. So, nak entertain mak dululah. Paling2 kalo next week gi spital, dan la beberapa hari sebelum balik lagi untuk raya haji :)...semoga dilancarkan Allah segala urusanku..aminnn.. dan semoga "surgery" tu cuma pakai laser jah...aminnnn

No comments: