Ketik

Thursday, October 18, 2012

Kencing bau petai

Dapat bayangkan tak betapa sedapnya sambal udang petai? Haa...ni nak suggest satu tempat makan yang best. Nama restoran dia Bangkok House, kat Sunway Giza sejauh sekitar 5 km dari rumah saya. Semalam bawa 2 orang mat salleh timbalan ketua biotek dan pakar bioinformatic dari TARC (Tun Abdul Razak Research Centre-London) yang datang training sini dari minggu lepas sampai next month. TARC ni branch institute kami yang berpangkalan di UK. Hari2 bawa dorang lunch sesambil test segala restoran sekitar office.

So semalam saya makan nasi putih berlauk kan somtam betik dan sambal udang petai ni..banyak sangat petai dia macam gambar kat bawah ni (curi dr blog org). Tapi gambar ni sambal ayam petai ya...sesaja nak buat liur korang meleleh..terutamanya yg sedang merantau di oversea tu..haha..now its my turn untuk makan sepuas2nya..ngeee...somtam dia juga sangat sedap sesedap somtam yang selalu saya makan di sempadan siam. Biarpun sangat pedas sampai lebam bibir saya nak habiskan. Petai tu pula tak busuk sangat, bau sikit2 jer tapi tak hancing...salut! tak tau cemana dia masak? sambal dia pula kaler hijau bukan merah cam dlm gambar, mungkin dia pakai cili hijau. To your surprise 2 org mat salleh tu rupanya dah pernah makan petai ni time dorang masuk hutan mana ntah...tapi petai mentah. So dorang pun terpikat dgn sambal petai saya tu..beberapa hari lepas dikasi lina test tapai pulut kat restoran Mak Uda Subang Bestari, dan2 tu dorang mintak ragi untuk bawak balik dan buat tapai pulut sendiri, ..untung groceries shop sebelah ada jual ragi tapai...sorang angkut 2 jibik..hihi. Oh! Restoran Mak Uda Pantai Timur juga tak kalah authenticnya...kena la ngan lidah saya org pantai timur gak. 


Dalam dok cari gambar sambal udang petai Bangkok House tetiba saya terjumpa video ni...rupanya dah masuk JJCM...huummm. MMg sedap lah, uols patut try makan kat sini...esok saya nak gi lagi time rehat panjang tengahari Jumaat sok. Hehehe...korang nak kirim rasa boleh, tapi nak kirim perut tak boleh sebab perut I cepat sebu. Dah sebu otomatis jadi boncit macam org pegnan 5 bulan. Hahaha...tunggu esok paginya baru agak kempis balik :p



Then, kepikir minggu dpn kibar bendera plus nak raya haji..so, plan nak tunda gi spital terpaksa dibuat hari ni. Dah makan petai semalam risau pulak urin bau petai. Hiiii.....jatuhlah reputasi I! Manatau, yang check nanti doktor lelaki hensem bujang? Kang dah terlepas chances nak usha..hahhaha. Sib baik urin tak bau dan malangnya yang check doktor pempuan khe khe. Tak nampak bayang sorang pun doktor lelaki. Haii...apa dah jadi?? Bidang profesional ni sudah kepupusan kaum XY kah? Apa korang buat ha? Kenapa malas belajar? Kenapa jadi mat rempit? Kenapa jadi gay? Opss! eh...hakikat pun muehehe.

Tapi agak kuciwa ngan aktiviti berhospital rini. Bukan sebab takder peluang ngorat doktor...tapi...alahai..letih la waktu menunggu saja 3 jam. Apa taknya, kes demam dan batuk pun masuk emergency dan trauma. Padahal segenap penjuru dinding bertempek poster jenis2 kes yang dirawat/tak dirawat depatment ni. Baby2 sakit pun semua masuk sini..dorang takder pediatric unit ke? Dah dapat masuk doktor muda2 plak tu. Bila tanya uols semua ni doktor pelatih ke? Katanya tak.  Dah kata sakit ditendang dek batu tu kat kidney saya, doktor senior yang supervise pulak syak saya pegnan! Wadahek la doktor. Saya kata saya single not married, dia siap ceramah saya, "this is not an issues of single or not married, you know what I mean" katanya. Chaish! Tengok orang la doktor! Huu positive sajalah..saya kata "ya ya..I know what u mean"..Dia gasak saya balik "boleh percaya ni?" sambil doktor muda yang macam pelatih tu sengih2 kambeng..."Sure lah" tekan saya...so akhirnya saya dibenarkan x-ray. Or maybe dia takut kalo pegnan effect baby? Sukati enko la labu...uols tak leh buat ultrasound ke? tanya saya.. nak tanya jer, x-ray boleh detect ke?  * dalam hati mengomel tak pesal2 juta2 cell aku mati nanti. Tapi terpaksa percaya lah dorang lebih arif sebab dorang doktor manusia, I ni bakal doktor pokok jer..huhu.

Dah sudah x-ray, akhirnya tader result! kang dah cakap tadi..seriusly saya frust. Doktor tu kata, batu renal saya maybe terbentuk dari komposisi kimia yang tak dapat dikesan x-ray. Hummm..see..4 taun lepas pun saya dah telah berliter2 ubat yang diberi bekas staff saya tapi batu tu tak pun dihakis. Buat saya kencing berasid ada lah. Bau kencing macam bau acid hidroklorik. Kemudian saya dirujuk ke department surgery. Depend on dorang la nanti nak buat ultrasound ke apa..kata dia. Ni satu hal lagi. Tanya mana department surgery kat MA bertugas serta staff berbaju hijau..apa ntah? Dorang tak tau dan suruh saya tanya guard?? Kalau jumpa guard mmg awal2 saya dah tanya..

Terpaksa keluar pintu B pergi pintu A. Dah jumpa surgery department tetiba dorang rujuk saya ke Selayang pula (surat kat bawah)..sebab katanya HSB takder pakar. Pakar pun selalu ada kat Spital Selayang...dorang pun konpius, sebab katanya kes ni patut rujuk ke Selayang terus. Emergency department tak baca email agaknya, kata dia..terpaksa lah minggu depan saya gi temujanji pakar urology kat spital Selayang pula..seharian berurusan dari jam 10am-5pm, status renal colic tak tau apa citer...padahal every 10 min saya rasa kidney ditendang2 benda tajam tak tajam tumpul tak tumpul..senak. Inilah dia kisah, nak service free katanya :/. Aii sudahlah mengomel...sedarlah now, I'm truly back to Malaya uh uh..tetiba marah kenapa premium insurance HLA saya tak cover sakit ni? Membazir jah beli insurance tu dah lebih 11 tahun..nanti nak tukar. Boleh gi private, biar mahal skit tapi puashati. Bersepih hatiku macam pecah tiga nya screen mac book ni :'( *pun belum ada masa nak gi tanya pasal claim warranty kat Apple Low Yatt.


So, saya akan pergi Selayang pula next week. Harap2 status sakit saya ni terbongkar dan batu parasit tu dapat dibuang segera.




No comments: