Ketik

Friday, September 07, 2012

Bangkit



Okay saya sangat suka lagu ni..selain sesuai sebagai lagu kemerdekaan alaf baru (* saya tak bercakap tentang lagu janji dicapati), lagu ni jugak bagus sebagai lagu motivasi selepas lagu Fikirkan Boleh..lirik dalam jawi lagi. Well done! Ada makna yang jelas...bangkit dibawah panji bulan sabit yang bererti dibawah naungan agama islam..tak sujud pd sesiapa di bawah langit bermaksud cuma takut dan tunduk pada kuasa Allah bukan selainnya..patut diaplikasikan pada semua bidang kehidupan.

Jika kita dgr ada yang berdiskusi menolak pemerintah yang rasuah, salah urus, seleweng dana awam atau menjajah minda rakyat bukan bermakna dia tidak cintakan negara..bahkan dialah yang cintakan negara kerana tdk sanggup membiarkan negaranya musnah ditangan ahli politik yang tdk layak. Bukan bermakna juga dia menyokong pembangkang kerana dia tahu pembangkang juga ahli politik. Rata2 ahli politik bak menanam tebu dibirai bibir..rata2 ahli politik zaman ini masuk politik untuk jadi kaya poket sendiri. Jarang yang benar2 berfungsi sebagai wakil rakyat. Sulit untuk ada pemimpin seperti Amirul mukminin di zaman Rasulullah dulu. Waimo PAS tdk lah maksum kerana pun ada jg unsur2 kroni dan poket sendiri, tapi sekurang2nya berusaha ke arah yang dituntut al-Haq.

Pun tidak bermakna saya PAS, kerana saya tidak pernah mengundi seumur hidup. Golongan berkecuali atau sinonimnya "atas pagar" bukannya lalang tetapi golongan pemerhati yang cenderung ke arah yang lebih layak. Kerana itu kalau mengundi, saya tidak akan pilih parti tapi pilih individu (calon). Tidak bererti bertukar kerajaan, negara runtuh atau rakyat berpecah. Tidak bererti juga dgn muncul kerajaan baru negara lebih stabil, kerana manusia cumalah manusia yang mentadbir..betapa sulit untuk memenuhi keperluan sendiri, sulit lagi memenuhi keperluan ramai. Cuma alangkah bagus sekali jika wujudnya "kuasa rakyat" kerana rakyat yang memilih pemimpin so rakyat lah yang layak menentu dan mencetus keputusan pemerintah. Rata2 negara maju kuasa rakyat adalah kuncinya. Hairan kenapa sesetengahnya melenting bila ada yang bersuara, tidak faham hak mungkin?

Isu LGBT juga bukan isu politik tapi isu kembalinya manusia ke cara hidup zaman jahiliah. Tidak bermakna pula saya menyokong PKR, pun juga parti keluarga sama mcm umno.

Tidak kira arah mana kecenderungan politik anda, anda tidak berhak memaki hamun, mengherdik dan melabel pihak yang lain. Malaysia tertubuh oleh 13 negeri  bukan cuma Selangor, Kedah, Perak atau Kelantan. Malah syurga atau neraka seorang hamba cuma al-Haq yang menentu.


2 comments:

shuhada said...

awk xpernah mengundi maya...uishhh...so selama ini awak biarkan org lain decide utk awk, atas segala kenikmatan yg kita nikmati, tp sbnarnya awk xpernah ambil tanggungjawab utk memilih...selama ini awak hidup atas pilihan yg dibuat oleh org lain...

Maya said...

LOOOOLLLLs! sebelum awak judge saya memacam bersandarkan ideologi keris awak, mari sy bertanya cuma 1 soalan...penafian hak para pengundi baru mendaftar pada 1998/99 itu atas alasan apa? Saya antara mangsanya.

Antara tidak mahu mengundi dgn dinafikan hak mengundi besar perbezaannya.

and BTW rezeki hidup sy dan awak mungkin sedikit sebanyak melalui kestabilan politic, tapi kalau bukan dgn izin Dia... dia, awak saya kita semua, cuma manusia yg mentadbir. Politik hanya medium. Siapa pun mrk, pokok pangkal rezeki dtg dari Allah