Ketik

Friday, September 21, 2012

Allah tabahkan dia...

Saya sekarang masih lepak di BNE rumah Ursula, tak sabar nak tunggu esok malam take off. Malam ni nak gi tengok light show di pinggiran Sungai Brisbane yang ikonik tu.

Satni saya baru balik jumpa dengan Kak Tikah housemate pertama saya masa sampai sini penghujung tahun 2008 lalu dan luch sesama tepi tasik UQ. Duduk di garden bench yg sama waktu pertama kali kami ke sini pada jamuan raya beberapa tahun lalu. Waktu memula sampai saya menumpang di rumah kenalan kawan 2 minggu, tidur di sofa bed kat living room jer sebelum berpindah ke rumah Kak Tikah di tepi sungai Brisbane. Dia datang lebih awal beberapa bulan dan iklankan cari housemate dan kenalan kawan tadi passed no phone ke saya. Then kami jumpa di bus stop, tengok rumah pastu malamnya pindah. Sempat pindah 2 rumah dengan beliau sebelum pindah ke Gatton, rumah ke-2 kami duduk tenggelam banjir besar 2 tahun sudah semua harta benda, kereta dan termasuk mesin basuh yg kami gi beli sesama gone. Bukan itu saja dugaan dan kesulitan beliau...satni, saya dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan....

Waktu saya pindah dari rumahnya ke Gatton, Daryl datang jemput. Masa tu husband dia ada kat sini..maknanya saya sempat jumpa husband dia 2 kali, masa pindah rumah dan beliau ada tolong angkat barang..lepas tu saya ada datang sekali sempat kami lunch bersama di rumah mereka. 2 tahun lepas saya dikejutkan berita husband dia kena leukimia akut dan warded di sini, masa datang untuk beraya bersama anak isteri. Setahun yang lalu saya bertanya keadaan kesihatan beliau dan katanya sudah sihat. Satni....saya tergerak hati untuk tanya, saya diberitahu beliau sudah meninggal genap setahun yang lalu syawal yang lepas...Al-Fatihah. Antara terkejut dan rasa tak percaya saya terus memeluk lengan Kak Tikah dan air mata hampir bergenang. Hummmm...itulah bukan jauh sangat Gatton-Brisbane cuma 1 jam perjalanan tapi kerana kesibukan, saya cuma menjenguk beliau antara 2-3 kali setahun.

Beliau cuma 2 tahun lebih tua dr saya dan husbandnya juga masih muda...melihat beliau dulu seiras dengan abang sulong saya. Kak Tikah sangat kuat dan tabah. Masa memula ke sini, beliau datang sendiri bersama baby Ammar yang masih merah kerana husbandnya sayang untuk berhenti kerja. Saya masa tu kagum melihat beliau sangat berdikari dan menguruskan segala2 sendiri dari hal kereta, angkat peti atau TV yang orang let go dari tepi2 jalan...situasi ni biasa di sini..bila orang nak let go barang mereka akan buat garage sale atau letak luar pagar dan label "take me".

Kalau saya menghadapi dugaan kecurian rumah dan dianiaya kawan...itu bukan apa2 kalau dibanding dengan dugaan yang dialami beliau. Rumah ditenggelami banjir dan pemergian suami tercinta...sangat menginsafkan saya..usia perkahwinan mereka pula masih sangat muda..Kak Tikah kawen kalau tak silap saya masa umur 32, sekitar 2 tahun sebelum ke sini...sekarang tahun ke-4 di sini, mereka berjauhan, kemudian tahun lepas meninggal..bererti perkahwinan mereka cuma sekitar 4 tahun, bersama cuma seketika dan Ammar baru berusia 3 tahun....sangat sedihh.....Ya Allah Kau teruskan tabahkan beliau dan saya juga doakan beliau cepat selesai PhDnya...aminnn..

No comments: