Ketik

Friday, May 04, 2012

Khabarnye..

Assalamualaikum chenta! Tak jawab berdosa..:p

ERmm...tak sabar nak tunggu esok..

Baiklah, korang datang sini musti nak tau cerita akak kan? Muahahaa

Sebenarnya takder apa cerita sangat nak dicerita sebab takder cerita..hiii, cuma sekarang sudah malas nak bangun pepagi biarlah rejeki dipagut ayam pun. Sebab tu lah selalu masuk office lambat skang ni. Maklum ler org solo, bukan ada anak pinak nak diurus, bukan ada laki nak diurus..:P. Alangkah baik rasanya kalau bangun pepagi gi jalan ke jogging ke dapat lah mengentalkan apa yang dah tak kental sejak tua2 ni kan? Ermm...tapi malas mengatasi segalanya.

Biarpun suasana habitat sekarang tak sesyahdu yang dulu masa tinggal bersama ma time dia ada sini..bangun pepagi dialuni musik alam kicauan beburung, tidur malam pun diulit sahutan ungas bermimpi. Tapi sekarang bak hidup di Calcutta dan Jakarta..:(. Jam 4 pg dah dikejutkan bunyi bising jiran atas hempas2 tolak2 pintu, tak sempat BB nak laungkan azan subuh..hingar bingar enjin kenderaan di jalan dll..ermm. Bersyukur nan adonya.

Wokeh, apakata pepagi nan cerah dan damai ni kita gi tengok video mengajar Ustaz Azhar...dapatlah memulakan hari dengan ceria sebab sambil dapat ilmu sambil bergelak senyum..Kalau nak yang lebih tinggi pengertiannya mari kita dengar ceramah Dr. MAZA. Banyak ilmu berkenaan isu2 semasa yang kita boleh ceduk dari beliau. Atau kalau nak jadi James Bond sehingga berpinar2 bijik mata baca SINI

Jangan baca SINI..semak otak pepagi :(

Till then cau cin cau....nak sambung edit chapter lit review pulek..

No comments: