Ketik

Friday, April 27, 2012

Ubah

Tetiba saya merasa seperti hidup di era KMM pada 74 tahun yang lalu...di mana kebangkitan golongan muda radikal dan para ulamak dalam mencetus pembentukan Malaysia pada hari ini...saya kembali teringat tokoh2 KMM (Kesatuan Melayu Muda) seperti Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin al-Helmy dan pahlawan2 melayu dari serata corok kampung seperti Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut dll..


Errmm takder bezanya perjuangan mereka dulu dan mereka kini..Dulu mereka menuntut kemerdekaan dari penjajahan Bristish, sekarang mereka masih menuntut kemerdekaan dari tinggalan penjajahan Bristish. Walau sudah merdeka lebih 50 tahun yang lalu, sebenarnya kita masih terjajah. Kita masih mengguna pakai sistem perundangan penjajah termasuk ISA dan undang2 sivil yang lain.


Apa yang ada pada hari ini ada nilai tambah..Slogan mengutamakan bangsa sudah lapuk dan terlihat tidak bijak lagi. Muncul golongan2 ber-idea segar yang mula mengubah persepsi bahawa agama yang didahulukan. Jangan kita menjadi seperti bangsa Arab yang terlalu taksub dengan bangsa sehingga mereka terjajah hingga kini. Apabila kedaulatan bangsa yang menjadi madah perjuangan maka kita tidak kemana. Umat Islam berbilang bangsa, warna dan keturunan. Kenapa kita menidakkan hak mereka? Apabila sudah ditahap menyantuni segenap lapisan miskin, hina, bukan melayu baru lah kita layak digelar negara Islam. Justeru bukan Islam juga akan turut terpesona.


Politik kita yang terkotor abad ini menghalalkan pelbagai kaedah untuk terus menobatkan hanya diri sendiri layak dengan menindas dan menekan dengan apa cara sekali pun. Tuntutan mereka murni. Mengapa mereka dibantai, ditangkap, dihujat, disekat dan berbagai tekanan lagi..


Kita semua ingin hidup dalam dunia demokrasi yang sebenar2nya adil.



No comments: