Ketik

Monday, April 16, 2012

Free education

Assalamualaikum cinta!

Akak*mood keluarga balik...nak share pendapat peribadi perihal isu free education sket hari ni. Heboh kan demo sana sini kat tanahair. Free education ni sebenarnya ada pro and cons nya.

Faedah nya...

1. Iya ia menjadi kewajiban kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma untuk rakyatnya.
2. Ia membuka banyak peluang kepada golongan anak2 miskin tapi bijak untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.
3. Ia menidakkan penindasan dengan meniagakan produk keperluan asasi manusia
4. Ia menggalakkan sifat pemurah, belas dan tanggungjawab di kalangan pentadbir
5. Ia membuka peluang penerokaan ilmu dengan penuh beretika dll


Tetapi dengan mentaliti masyarakat kita yang rata2 masih tidak punya integriti diri yang tinggi,

kemungkinan buruknya ada:

1. Ia mendidik masyarakat yang pemalas dan lesu
2. Ia menjadikan insan kurang bersyukur lalu kurang berusaha
3. Masyarakat tiada daya saing

Tak terfikir dah apa kemungkinan buruknya lagi?...So, ada baiknya PTPTN itu tidak dimansuhkan tapi ditambah baik..

1. Pelajar yang meminjam harus lah bertanggungjawab terhadap dana yang tersedia. Walaupun dah jadi duit kita tapi ia tetap bukan hak kita selagi atas nama hutang. So, adik2 ku seru kamu sekelian alam..banyak yang didengar, duit2 PTPTN untuk sara diri sepanjang pengajian dihabiskan untuk perkara2 bukan keperluan. belanja aweks McD, modified motor, beli kancil/kelisa, tukar handphone canggih, ipod/pad/phone segala...Gunakan dengan bijaksana, barulah bila kita menuntut yang kononnya "HAK" kita tidak dikecam balik...giteww nasihat kakak

2. Pihak PTPTN pula, seharusnya tidak mengenakan kadar interest berganda, kadar interest naik mengikut bilangan tahun hutang tidak dapat dilangsaikan. Itulah yang diterjemahkan sebagai RIBA.

3. Pihak BERKENAAN (kastam ka, menteri sumber manusia ka, menteri dalam negeri ka, jabatan pendaftaran maupun majikan), jangan terlalu taksub menidakkan peluang kerja warga tempatan dengan mengHALALkan kemasukan tenaga asing bagai mencambah taugeh, tabur banyak2 atas pasir*pasir jer, pastu tinggal siram air*siram air jer...cambah tumbuh melata dan LEBAT pula, sebentar sudah boleh tuai...kerana kos buruh yang tersangat rendah (amah pun very the demanding, nak RM700 satu kerja*luku sampai lebam baru tau), maka kita secara LANGSUNG menutup peluang warga sendiri.

So, bila budak2 tak dapat kerja, kadar interest sedang meningkat sedangkan sumber pendapatan belum ada????

Akan tetapi...dengan adanya unsur2 TEKANAN sebegini, kita juga dapat melihat semakin ramai anak2 muda kita menjadi lebih kreatif dengan menjadi INDEPENDENT ENTREPRENEUR, boss kepada diri sendiri dll.

PTPTN itu pula patutnya terlebih awal ada 2 kategori..mana yang layak biasiswa berilah biasiswa, mana yang layak hutang, berilah hutang. Bukan menyamaratakan anak org berada dengan anak nelayan atau memberi biasiswa anak kroni yang sudah sedia mampu tapi memberi hutang anak penoreh getah * kisah silam akak huhu..

Budak2 pula, bila sudah namanya pinjaman boleh ubah, yaktu dengan mendapat CGPA tertentu pinjaman otomatis jadi biasiswa, justeru itu...belajarlah bersungguh2 :), akak dulu kurang bersungguh, tu yang tak boleh ubah...bila sudah kurang bersungguh CGPA pun hancus, bila sudah hancus buat master pun takder chance nak dapat biasiswa...maka bayar lah sendiri. Tapi bila dah bayar sendiri, kerja lah bersungguh2 dan hasilnya pun melebihi orang2 yang biasiswa. Itulah hakikat kita ini..Bila susah barulah ada semangat FIGHTER.

Kesimpulannya, akak ni antara sokong ngan tak sokong isu PTPTN tu...semua pihak kena tau kedudukan dan tanggungjawab masing2. Jangan cuma tahu menyalahkan org lain atau sesama sendiri. Tadbir urus perlu telus dan penuh hemah. Tiada unsur niagakan pendidikan, tiada unsur riba dan tiada unsur joli ngan duit PTPTN.

Contoh kesan buruk free education ada kat QLD ni, locals sangat malas belajar..berapa kerat saja yang lepasan higher school mau masuk universiti? Dah masuk 50 thun sok baru terkial2 nak buat 1st degree, dah dkt 70 baru nak buat PhD..Dah buat PhD tak mau selesai2, sebab dapat elaun! Penganggur plak every fortnight dapat elaun AU600. Orang jadi malas kerja. Tapi yang kerja pula kena tax maha tinggi, terpaksa tanggung hidup king kong pula...iya, ramai yang extreemly obese kat sini sampai terjelepuk jer kat sofa tak bangun2.

Hmmm...gitulah nang adonya cetusan minda di pagi ni :)

Wassalam


No comments: