Ketik

Sunday, April 01, 2012

CAPEK dowh..

Ambo rasa sangat penat di ketika ini...tengah pulun Chapter 5 lepas dapat dr Dr. Don pagi Jumaat lepas. Sejak semalam pulun sampai saat ini belum siap..banyak nak kena edit dan re-structure termasuk edit segala figures..semalam tensi stuck kat SigmaPlot akhirnya dengan bantuan tutorial di Youtube masalah telah selesai..terima kasih abang Youtube :)..takder manusia boleh tolong selesaikan masalah rupanya mesin jugak yang pandai.

Ni Chapter 6 belum sentuh :(, nak kena circulate esok dah untuk meeting final review..Hoorreeyyy! Final milestone...tapi dengan keadaan yang masih demam dan paksa berkerja keras ni bimbang gak..org kata kalau sakit takleh paksa otak kerja..deteriorate nanti sebab transmitter tak dapat di pass dengan sempurna. Ibarat kalau kita drive dijalan yang sdg dibaiki lar lama2 tayar kereta dan engin kong..giteww

Daryl dah mintak satu chapter..mentang2 dia dah selesai check manuscript untuk Chapter 3 tu..manuscript tu patut submit bulan July taun lepas lagi, tapi dia juga yang tangguh2, tak urgent katanya..Cish! Nak tunggu tarikh tamat cuti belajar lah baru urgent.

Tak dapat juga rasanya nak submit yang completely revised and edited...insyaAllah yang menilai nanti pun mereka juga..lulus tak lulus pun depend on mereka juga. Bukan sekadar complete chapter. Yang penting benda dah ada dan somebody dah baca. Plus...daya usaha, kerajinan dan dedikasi kita juga jadi faktor penentu. Mudah2an smooth jer sebagaimana milestones yang lepas2..hii...jangan ingat senang yer. Ada banyak kes sangkut sejak 2 menjak ni. Ada yang sangkut kat confirmation, ada yg sangkut kat mid-term..kalau dah sangkut kena buat re-writing semua documents dalam tempoh sekurang2nya 4 bulan baru dapat surat lulus. Waimo dah lulus pun sebenarnya masih kena revised jugek hihi...yang penting rekod cantik! Bila sangkut bukan sekadar atas paper or between advisory group dan university saja...kita pun akan rasa down dan segala perasaan negative yang lain :(..Alhamdulillah setakat ini semua tu tak terjadi kepada ambo dan semoga yang ni pun cemerlang saja..

Khamis ni practise talk sekali lagi coz 30% content slides harus dibuang..present interactive dan simple talk katanya...buat seolah2 kita bagi talk kat budak umur 5 tahun..means takyah nak present scientifik data dan figure bagai nak rak..cukup summary seluruh 3 tahun works tapi dalam bentuk yang layman pun boleh paham dan minat nak dengar...macam senang kan? Tapi dari yang komplikated nak jadi simple tu yang payah..kalau sebaliknya senanggg sangat.

Adoiya..pas siap final review ni, kena tulis paper conference pula...arrggg!! sangat capek wa cakap lu...jadi afdal lah kena gi coti2 dolu sbelum masuk kerja balik kat LGM..

No comments: