Ketik

Tuesday, March 06, 2012

Harapan hamba

Semua orang pun nak habis cepat dan balik awal. Jarang ada org nak stay bersengkang tenaga dan minda lelama mengadap segala ni. Beban yang pasti habis. Sampai masa dan ketika selesai. Selesai cepat bukan ukuran quality kerana jangkamasa 3 1/2 ke 4 tahun adalah tempoh normal program PhD bidang sains.

Constraint bukan setakat pada kita. Hendak tak hendak kita terpaksa hadapi. Macam akak, semua lab work dah selesai, draft chapters hampir lengkap. Tapi hakikat bahawa peranan advisor tidak boleh ditolak tepi. Mereka ada kesibukan dan tanggungjawab lain termasuk teaching class, grant application, meeting sana-sini oversea innersea. Student post-grad pula bukan cuma kita. Setiap kali meeting kami macam anak2 manja, merayu advisor untuk baca document yang masing2 kami email. Advisor pula try convince yang dia cuba sedaya upaya untuk cover semua, beri perhatian pada semua studentsnya waimo cuma tengok application form atau bincang progress. Belum kira tuntutan kemanusiaan yang lain, umpamanya anak nak berkahwin, cuti xmas dan cuti ujung/awal tahun.

Orang sini tak menuntut kita kerja macam robot macam tempat kita. Setiap outcome dihargai dan dipuji. tapi tak lupa, setiap kelemahan ditegur dan dipandu juga..tidak hanya dipersalahkan seumur hidup. Begitu, budaya penggalakkan semangat yang kita nak.

Setiap org kerja ikut priority. Yang patut didahulukan didahulukan. Yang kemudian dikemudiankan.Maka jadilah bila kamu sudah end of the route, kamu pula masih ada masa..so yang end of the route diutamakan dulu.

So, I sangat berharap ada yang mengerti dan sudi memberi sokongan walau sekadar sokongan moral umpama bertanya kabar status.

Semoga tidak ada yang melukai perasaan ini lagi ewahhh!

Adios!

2 comments:

~dalamdiri~ said...

orang sana tak menuntut kerja macam robot?betul macam tu maya?kenapa jadi mcm ni yer?kalau kerja macam saya ni...hm....samabil mengajar, bersepah kertas(dlm minda yg peru disetelkan. tu baru kertas, belum kira yg online lagi..tak paham kenapa kena buat emua ni padahal tugas hakiki mengajar, mendidik, tujuan utama mendidik tu dah tah ke mana sbb byk sgt kerja sampingan yg perlu disetel.mcm robot..

Maya said...

hmm...tengok keadaan juga Ah..macam buat PhD ni kita free bekerja masa kita sendiri tak terikat time masuk keluar. Tapi kita ada time frame 3 1/2 ke 4 tahun. So advisor akan pastikan kita siap within that timeframe jugak. Tak kita cepat mana kita, kalau lambat sendri yang cari masalah la..

Berapa zaman org buat PhD, jarang sgt yg dibenarkan selesai 3 tahun, based on skala quality rata2 universiti katanya..termasuk memelihara mutu phd dan imej cemerlang R&D universiti..

Sebab tu, kalau ada org persoalkan kita kena tabahkan hati kuatkan semangat, bebalkan rasa :)