Ketik

Wednesday, March 14, 2012

Boredom

Time bosan2 takder idea untuk writing mula terimbas kenangan lalu..hiiii. Bangunan pun sunyi sepi, tak tau kenapa semua org sudah balik awal. Bilik office ni lagi lah, cuma ai sorang jadi penghuni tetap 7 days a week.

Tetiba teringat zaman menulis thesis MSc dulu. Kalau bosan2 pergi pekena satay Kajang tak pun dating kat Tasik Cempaka. Gi UKM jarang2 jer time submit draft jer. Pastu kalau terover boring lari balik kampung refresh.

Tapi sekarang.....hanya mampu di sini di sini dan di sini saja...Semalam Guta lecturer sini asal Ethiopia tanya, apa perasaan dok sini suka atau tak? Hummm..ai jawab not really. Pasal apa tanya dia lagi sambil menambah "feel lonely?" Yup! Exactly..I cakap I prefer to be with family, you got your family here and your salary is higher here isn't it? Ya..kata dia and I can go back every year. Dia dah 16 tahun di sini, buat PhD sezaman dengan Pak Karyudi dulu..kawan baik katanya.

Well, Ursula pun kemarin ajak ke rumah dia di Brisbane, dia dah pindah ke bandar so ai tadak kawan nak cerita ceriti lagi kat sini :(...Dia ajak untuk girls outing katanya, nak tinggalkan laki dia Mat kat umah huuhu..nak gi Nandos dan tengok wayang sesama, nak gi shopping kat DFO, tapi ai tadak money :(..

So, ai rasa ujung minggu ni nak gi lepak and stay kat umah dia, nak cuci mata dan refresh minda kat city la rasa..untung2 kalau sempat nak gi Wet & Wild main air..InsyaAllah kalau jadi.

Huuu..kalau ada partner kan best, bosan2 boleh rendek...mmg rendek hobi ai pun. Tapi bila stranded kat sini seorang diri terasa macam nak pitam pun ada...cemana nak stay beberapa bulan lagi neh??

Ah ya..tadi terbaca kelayakan IELTS untuk kemasukan 2013 telah diturun band score nya ke 6.5 overall dan minimun 6 untuk semua..cis!! Nampaknya mereka telah menurunkan standard diri, semata2 demi duit. Sistem semester sejak awal tahun ni dah tukar ke sistem quarter, so ada 4 quarter a year. Katanya untuk mengurangkan beban pelajar membayar yuran, tapi tak tahulah jumlah yuran by semester sama tidak dgn quarter, Semalam bayarkan yuran sendiri AU7000 untuk Q2 2012. Akaun email for life pun demi duit kata nya Daryl. Mana tau esok2 kita kaya kita nak derma duit ke universiti..

Dan tak lupa ada benda menarik, AusAid dan lain2 scholarship mula iklan dah, tarik tutup by May. So sesapa yang teringin belajar ke Australia boleh lah memohon cepat. Kalau ada anak kecik bukan alasan. Sebab mula tahun ni juga universiti membenarkan bawa anak ke lecture hall, dan certain lab. Demi keselamatan anak2 katanya. Banyak kes penculikan dan orang jahat di luar sana. Student pun kadang2 susah nak cari childcare. Ada pun mahal AU50 sehari. Untungnya kan kalau ada anak kat sini...selain dapat menguasai bahasa OZ dengan baik, anak2 juga sejak awal dah didedahkan ke alam akademik kat universiti..

Till then, adios!

No comments: