Ketik

Wednesday, February 15, 2012

Lega sudah

Okay dah rasa lega sket rini sebab ma dah mula senyum..risau siot kot2 la sebab dok sini terganggu emosi dia. Sebab sejak 2 menjak ni dia asek lupa2, asek cakap menda sama, asek solat yang sama berkali, bangun malam gi toilet nak balik bilik pun dia leh sesat dalam rumah, asek kencing setiap 5 minit sekali dll..sedey seih mikirkan keadaan dia. Mungkin juga faktor umur sb sebelum dtg sini dia dah ada tanda2 blur tu..bila tgl dia sensorang risau kot2 ada marabaya menimpa..Pernah satu pagi dia mandi awal pagi sebab katanya akak kata nak gi surau. Hishi akak tanya balik buat apa gi surau? Ada program apa kat surau? Dia kata entah..selang 10 min kemudian ulang tanya lagi kata nak gi surau...humm jawab akak rini kita takgi mana2 rehat kat umah jerk..

So skang dia dah happy dapat beli semua benda baru hasil mengasuh Sufi sepanjang kat sini. Actually 2 bulan jer dia betul2 keseorangan di rumah sebab awal taun ni Sufi dah start sekolah. So dah suh adik bawak gi soping cermin mata baru sebab cermin mata dia yang dlm gambar akak lukis tempohari senget kata dia..huhu. Dan ma kita tak main dah spek tader brand wokay..Elle lagi, kalah jauh lebey mahal dari spek akak GA nih :)

Pastu beli handphone baru dan buat gigi baru plus adik bawak shopping jubah2 ariani..lapang jer dada rasa, BP pun tak naik lagi bila mikirkan dia :). Maklum lah kat sini nak soping barang2 sesuai ngan dia tader choice kedai2 pun jauh berpuluh km, berejam drive baru sampai.

Hopefully everything will be fine nanti. Penangan dia dok sini, skang dia nak gi jejalan KL pun nak bawak botol, untuk isi air basuh kencing katanya..hahaha! Itu kebiasaan kami kat sini. Berjalan je wajib bawak botol sampai ma terbawa2 ke Malaysia :p.. Pasni kalo travel pandai la dah dia nak survive, camana nak solat semasa bermusafir etc..guna toilet mesti kering tak boleh basah..itu latihan selama dia kat sini. Sebab itu budaya dan cara hidup mat salleh so dah terbawa2 juga ...hehe

Nampaknya dah banyak entry tentang ma, so okey skang jangan sedey2 lagi dan boleh mula senyum jugak..Sakit kepala wei 2, 3 ari ni..makan nasi pun tak sebab tak selera hehehe.

No comments: