Ketik

Friday, February 24, 2012

Gebang2

Dan kembali ke udara lagi..dah sudah gebang2 dgn telinga kawan yang sudi mendengar hiks! Basah sebentar birai mata ini..ngee

Lega sekejap, banyak sungguh yg kami bicarakan..tentang PhD, tentang rumah, tentang kawan2, tentang travel, tentang duit allocation RHD etc...yang paling penting tentang hidup, jodoh, kawen dan keluarga :)

JODOH? iya jodoh...tentang sulit sungguh ai mau mendapatkan jodoh di kegetiran waktu ini, umur ini dan zaman ini. Sudah tua2 gini masihkan berpeluang dapat jodoh? Hmmm...wallahuaklam. Setiap kali org tanya dah jumpa pakwe? Ai akan jawab tak mau cari pakwe..semak, nak cari suami. Iya, suami!

Kalau pakwe, scandals, peminat segala macam sudah terlalu bosan menghadapi. Cakap betul ni, bukan tipu bukan sombong diri...:). Buat apalah nak sombong diri yer dak? Kita hidup kat dunia ni bukan lama. Buatlah sesuatu itu yang terbaik seupaya mungkin. Kalau boleh carilah keberkatan hidup. InsyaAllah bahagia dunia akhirat. Nak joli ke nak settle down ke..itu pilihan kita sendiri. Iya pilihan kita. Dan tiada sesiapa nak single seumur hidup. Lebih2 lagi perempuan, jam waktunya sentiasa bergerak. Sampai satu detik ia akan...hmmmph malas nak cakap. Tapi segalanya ketentuan Ilahi. Rezeki, ajal dan maut Dia yang tentukan.

Dan kalau banyak orang bercakap fenomena perempuan kawen lewat. Sebenarnya silapnya bukan pada sebelah pihak saja. Jangan lupa...pihak yang satu lagi pun menyumbang. Kita nak kawen, tapi pihak satu lagi tidak..perlukah kita tunggu? Nak main sambar yang dok datang pun bukan semudah makan ABC. Kita serius tapi pihak sana memain saja manjang...kadang cuma nak berkawan main2 perasaan. Berbaloi kah? Mungkin org kata kita kena bijak. Tapi sebijak mana pun kita, soal jodoh tetap sulit untuk diputuskan oleh saya..mungkin orang lain juga.

Bila org tanya, kat sana takan tak jumpa? Hakikatnya kita buat postgrad kita sgt bz, kita byk bersembunyi dalam lab, ofis dan rumah. Mana nak jumpa? Lagi pun banyak mana sangat potential bachelor yang dok ada? Nak2 pula campus Gatton yang sangat kampung ni. Lain la kalau fakulti kejuruteraan ke kan...yang mana jadi bidang tumpuan kaum lelaki. Yer ke?? Hakikatnya fakulti sana juga dipenuhi perempuan..Jadi bagaimana?

Tak pernah bercinta zaman muda dulu? Bohong...pernah lah, tapi mungkin bukan jodoh. Seberat mana rasa bersedih, sejauh mana hati terpisah, berbenua mana jasad merantau...ingatan dan memori tetap singgah sekali sekala di perhentian yang telah ditinggalkan. Tetapi apa pun jua yang telah berlaku dan bakal berlaku kelangsungan hidup harus diteruskan.

Banyak pengalaman dan pengajaran yang kita terima, supaya tidak terjatuh di lubang sama berkali. Kalau jatuh lagi dan kembali bangun lagi dan tidak ada salahnya sekiranya kita ada kesungguhan untuk mencari keberkatan hidup. Membersihkan hati dan jiwa yang kotor. Dari itu kita akan muncul sebagai insan yang lebih kental dan tabah di kemudian hari.

JODOH...biarlah Allah saja yang tentukan..usaha selalu ada, cuma mungkin Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Jangan lupa..bukan saja lelaki yang akan mendapatkan bidadari di syurga..perempuan juga akan mendapatkan bidadaranya kelak...bagi yng tidak berkahwen

Wallahuaklam

Jujur...kalau suka saya boleh minang saya, tapi saya tak layan org yang nak scandals, nak tambah bini, nak feeling2 awak mimpi saya-saya mimpi awak yer, nak ambil kesempatan (tader apa nak disempatkan, saya tader harta), nak buli or apa2 saja yang membuang masa..hiihiii..iklan percuma dibawakan oleh safarihati hahahha! Sukatiku blogku..ngeee


1 comment:

~dalamdiri~ said...

balik malaysia nanti jumpa kot, insya ALlah