Ketik

Saturday, January 07, 2012

Bundle Story

Assalamualaikum....

Okay, apa nak citer ya? Sekadar nak share detik2 akhir di bumi Australia ni...ewah, thesis pun tak siap lagi yo2an jer :)

Lupakan ke'eager'an tu jap, mari dengarkan akak nak story mory sket. Sepanjang seminggu lepas sebuk shopping dan packing stuffs tuk hantar balik Mesia. Now, it comes to a big business hehe..konon ingat 1 unit jer, dah sudah packed semua jadi 16 kotak kecik besar. Dah macam hampir 2 unit dah. Untuk penghantaran ni akak ambik door-to-door service sebab non mampo untuk menguruskan sendiri penghantaran ke port, sewa van dan drive van hantar ke warehouse, sewa lori kat Mesia pun dah hampir RM300. Senang citer bayar jer commercial service waimo dolar tak berapa nak banyak :(




Mari dengarkan kisah ke-2 pula :)...

Ni beberapa minggu sudah sangat puashati dapat beli dan makan tembikai seberat ~10-15 kg dengan harga cuma $2-3. Lama...dalam 2 minggu tak jumpa tembikai tepi jalan lagi, tup2 satni masa gi isi petrol nampak gerai ni tepi padang dkt Caltex Warrego Hwy..apalagi cekau lah 2 bijik. Adalah dekat 6 kg sebijik. Kalau kat kedai paling murah 65 sen per kg, 6 kg = dekat $4 dah..tu pun kalau manis.
Adat membeli tepi jalan pulak, takder tuan kedai jaga..pilihlah seniri nak besar mana? Pastu bayar jer dgn masukkan duit kat honest box berkunci..tengok kat gambar. Kalau kat Mesai, mau tinggal kotak kayu jer, mau pecah tabung tu...hehe..apa nak buat?

Akhir sekali ni dengarkan kisah ke-3 :)...

Ni citer orang nak kawen, tader angin tader tsunami tetiba nak kawen. Siap order barangan hantaran beberapa minit lepas bertunang!! ekhehe..jangan lupa langsaikan hutang2 ambe beribu riban tu yer...ai pun ada kehidupan ai jugak. Masih banyak nak dicapai huhuh..

Pendekata, memang berbaloi beli parfume kat sini time sale parfumes..mmg harga dia murah tila babang...semua kat atas tu baru RM800...baru??!! Aih...murah tu..cer gi tengok kat SOGO sana, satu botol designer parfume 50 ml dah RM 400++. So sudilah order ngan akak..leh akak tambah pendapatan ehehe..tapi musim sale dah lepas daa...hiks!

Okeng la..till then wo chaoi!..

Wassalam :)

No comments: