Ketik

Friday, November 18, 2011

Takan Melayu Hilang di dunia

Mesyuarat menteri2 kebudayaan ASEAN semalam menetapkan bahawa bahasa Indonesia-Melayu akan menjadi bahasa perantara ASEAN.

Tahniah! Berjaya melangkah setapak lagi....peribadi, saya sangat suka dan bangga. Faktanya, Asia Tenggara ini majoriti adalah rumpun melayu.. Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja, sebahagian Siam adalah dari rumpun melayu. Bahasa melayu bahasa dialog penduduk-penduduk di kepulauan ini. Alhamdulillah..semoga dengan permulaan ini kita dapat memperkasakan lagi ekonomi, budaya dan pertahanan kita.

Dasar kapitalis yang berpaksikan barat dan benua eropah menjadi semakin tidak relevan. Sedarlah kita, dalam sejarah Melaka lah pusat dagangan dunia antara negara-negara Timur Tengah dan benua eropah. Kedudukan kita di garis khatulistiwa, keterhadan benua lain oleh 4 musim menjadi kelebihan kepada kita untuk menjana ekonomi berasaskan sumber kekayaan alam sepanjang tahun. Dahulu matlamat mereka rempah dan timah. Kini kita tetap kaya minyak, emas, dan berbagai dana alam yang lain. Kita tidak ikut ketinggalan dalam teknologi kerana nyata, teknologi dan elektronik membangun pesat di benua Asia lain yakni China, Korea dan Jepun. Jadi tidak perlu goyah.

Hakikatnya China sedang menuju untuk menjadi kuasa gergasi ekonomi dunia. Kebanyakan aktiviti ekonomi berpusat di sana. Kelebihan mereka terletak pada jumlah populasi yang sangat tinggi mencecah 1, 337, 798, 957 orang . Dan sedarlah statistic menunjukkan dari sekian besar populasi ini, 22 million adalah muslim (rujuk statistic di bawah). Dan Indonesia menerajui populasi muslim terbesar dunia dengan 203 million!.



Setiap tahun 10, 000 American menjadi muslim. Di sebalik setiap fabrikasi teori tentang terrorism, Osama, pembunuhan Gaddaffi, Saddam dan lain-lain oleh kapitalis barat ini cuma menyuntik lagi rasa ingin tahu di benak masyarakat awamnya nya tentang apa sebenarnya ada pada Islam ini? Bukankah ini suatu permulaan yang cemerlang. Ya, memang bahasa itu cuma identiti..bukan dosa untuk berbahasa Inggeris. Namun, kenyataannya dari bahasalah segalanya bermula. Menjadi nilai tambah kalau penguasaan bahasa Inggeris kita mantap. Itu bukan isunya di sini. Kita berbicara dari satu wahana pemantapan ekonomi, ummah dan kekuatan spiritual. Mudah-mudahan dengan itu, kita menjadi tuan pada diri sendiri.

Sekiranya dinar emas menjadi tukaran, kita seganding dengan Timur Tengah lantas ketergantungan terhadap dolar lenyap. Sekaligus amalan penguasaan ekonomi kapitalis lumpuh. Hasilnya aras harga petrol yang menjadi nadi ekonomi dunia hari ini, yang sering jadi penentu turun naik harga-harga barangan makanan dan perkhidmatan lain tidak lagi dipengaruhi faktor-faktor kapitalis ini. Bukankah minyak itu dicarigali di perairan kita. Jadi logikkah pengeluar dan pengeksport ini bergantung pada turun naik harga pasaran pemproses? Begitu juga dengan getah. Getah satu-satunya komoditi dengan daya guna sejagat, pusatnya di Asia tenggara yakni Indonesia, Indonesia, Thailand, Vietnam, dan lain-lain. Sudah masanya kita ubah pandang dengar kita. Dan kita bermula dengan pemartabatan bahasa Melayu.


No comments: