Ketik

Friday, September 16, 2011

ISA...Mimpikah ini?

Wau...statement awal yang keluar dari mulut bila aku mula baca teks penuh perutusan PM sempena Hari Malaysia

Jujur, aku sangat terpesona dengan ketinggian bahasa, kebijaksinian wacana dan wahana dan berdoa penuh harap semoga ianya benar, ikhlas dan jujur demi kesejahteraan bangsa kita yang berdaulat. Err..siapa yang tulis tu? hahaha..ada lagi curiga hati nih.

Dan...4 perkara di bawah yang paling memukau. Alhamdulillah, kiranya kita tidak sombong, zalim, tidak berasa superior, merendah diri dan mengakui buruk baik sesuatu amalan atau perlaksanaan maka inilah yang dirasa oleh rakyat2 marhaen seperti hamba. Rakyat marhaen yang memberi amanah kepada kalian merasa senang hati..

Ni sebahagian petikannya...

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Semoga segalanya semakin membaik dan telus..

No comments: