Ketik

Wednesday, August 24, 2011

What a shame

Nah...sekarang aku mula terasa seksanya buat Phd..mungkin sebab buat kat obersea? Entah lah susah nak explain key. Mungkin dulu masa master aku buat kat local dan mungkin juga sebab berkat setiap malam solat hajat so master aku smooth jer setaun setengah dah siap. Biar pun tidak lah pandai mana masa 1st degree.


Dulu ingat lagi selalu juga curi2 guna kemudahan dan peralatan orang lain sampai pernah dicop ibarat "Belanda mintak tanah"..caish! Bila aku ngadu ke SV, aku dicop pula manja patut kena selam dalam sungai. Pastu curi2 guna bilik radioaktif Prof Farida Habib Shah yang glamer satu Malaya, padahal aku ada kes ngan makcik tu. Kesnya dia mau aku buat master dgnnya, siap kabel sebesar alam tapi tup2 aku lari ke SV lain, ada di UKM tapi tepon cakap ada di kampung tak jadi datang buat master bla-bla..nampak keter sporty kuning aku nyorok balik2 bangunan...harhar..tapi tak tahan, tetiba aku muncul masa seminar kawan. Dia nampak aku, terus naik atas melenting kat senior cakap kitowang sumer memperbodohkan dia..dengan rasa tanggunjawab penuh berhemahnya aku pi bilik opis dia dan minta maaf. Kan dah cakap aku ni memang budak baik. Tapi apa aku dapat? Dia cakap kat aku "I dah ada 4 student master baru, dan you pun bukannya bagus sangat"...hmmmm rasa cam gekko jer makcik tu kat mata aku time tu. Tapi gekko2 pun mahal makan ribu cicak tu. Ekoran dari tu aku tanamkan semangat srikandi sewaja-wajanya..aku kerja kuat siang malam, solat sunat hajat tak miss. Akhirnya aku siap master selepas setahun mendaftar. Walaupun fee aku bayar sendiri sebab aku tak dapat besiswa macam orang lain. Sib baik SV aku murah hati kasi gaji RM 1300 time tu. Orang lain jadi GRA ada yg gaji cuma RM600 jer. Dan...semua 4 student bagus makcik semua drop. Masa konvo ketua jabatan genetik salam aku nak tak nak, tapi ketua jabatan botani salam aku sangat kejap.


Dan sekarang....aku tengah nangis. Aku baru je lepas nangis depan victor. Wat a shame okey...tapi aku dah tak tahan. I'm really upset time ni. Sampai hingus2 aku hembus keluar banyak darah, tu kat gambar tu. Jangan korang pun muntah darah juga nengoknya. Ini ekoran dari masalah nak buat kerja hydraulic conductance lah ni. Tempohari aku sampai pengsan2 buat experiment ni sebab angkut 10L air everyday ke PH lab. Kendian dah dapat lab space yang ada punca DIW, aku sangat happy. Tetiba selepas beberapa bulan, kami diarahkan kosongkan lab pula, sebab nak kasi ke student animal studies. Nak please orang atas la tu, sebab orang atas skang orang animal studies. AKU BENCI POLITIK TEMPAT KERJA.








So skang, kami tader space yang practikal untuk pasang set KH tu yang sah2 teknologi tokong tonggek. Orang dah robotik sana sini gadget high tech, tapi aku sentiasa disuruh buat manual. Ce bayang aku kira vessel dalam 200 stem section manually. Setiap section ada kira2 300-400 vessel, pastu aku kena kira area dan diameter setiap vessel. Vessel tu saiz dia pula cuma 10-50 um..Kerja gila tau tak? Yang boleh disiapkan seminggu aku siapkan dalam masa 3 bulan! Tapi aku buat juga...sebab aku datang sini tujuannya cuma satu. MENGGALAS TANGGUNGJAWAB. Biarpun SV aku takmo buat correction writting aku, dia nak writting yang dah proof read jer..yang mana perlu modal tak kurang dari $100 yer..dorang bukan cikgu english katanya. Padahal SV orang lain cakap "its my responsibility to guide your work and correct your writting" see.....


Pastu sekarang aku kena angkut 100 L air setiap experimental set yang mana aku ada lebey kurang 6 experiment. Pastu aku kena boil air tu buang O2 lagi...manual! Bila request proper facility, balik2 kisah duit. AKU CINTA DUIT. So time nangis2 tadi aku cakap "I'm so upset with all these, we come here, we pay such a huge amount of money, why everytime you guys raised about money"?..then dia cakap iya...mmg, tapi fee tu 60% pergi uni, 30% pergi management then kita cuma dapat 10% tuk R&D.. Cait!!!!!! So what??? 60% tuk uni tu bukan untuk development segala division kat uni ker? AKU BENCI OZ. Nko nak aku buat projek gah2, pastu nko tak provide facilities. Cuma mintak space dan DIW supply je nko bagai papa kedana. Dan lagi nak kerja pula balik2 nko kisahkan odit odit odit..nampaknya benda yang berupa appraisal atas paper tapi bukan quality research yang terikat dengan time frame ni yang jadi priority. I HATE MANAGEMENT. No wonder you are among 100 bestest uni in da werl...with all these craps.




Baik aku suh je company aku sep duit tu tuk benda lain. Alasan antar obesea konon tuk dapatkan advance ilmu dari mat salleh, supaya boley cakap dan tulis mat salleh prang2..Frankly speaking, kat univ Malaysia R&D facilities even far better. POLITIK opis sama jer, peoples attitutes sama jer..cuma rambut dan bulu jer lain warna. Kaler kulit sama jer ngan kaler aku ..pastu pekebun kecil getah kat kampung bukannya cakap mat salleh pun...contoh mak aku, perkataan OPIS jer dia paham..manada generasi muda nak noreh? Jadi nko sebok2 nak hina kalau tak menguasai english dengan betul buat apa? Report2 dalam english tu sampai tak inventionnya ke customer getah kita? Tok sah la cakap downstream sana...Ada ke english yang betul2 perfect kat dunia ni? Cikgu aku kat ICTE kata english is not a perfect language, memasing di setiap penjuru dunia ni manusia cakap english ikut style sendiri..so can you prove me what is the perfect english? Jepun tak cakap english pun maju dan disegani serata dunia. Sekali Jepun kena tsunami satu dunia takut saham jatuh. Ada ka saham dunia jatuh kalau Man U tak menang liga bola? Ada ka kucing kau mati kalau tak tengok siaran langsung William kawen Kate? Sudah2 la ideologi lapuk tak de jatidiri ni...




Aku bangga mat salleh pandai kecek kelate wokey...



Hmm...sekarang aku dah okey calm down sket. Lagi pun aku kan puasa..ish! was2 pula takut batal puasa aku sebab nangis sakan tadi..


Dengan itu, cabaran untuk berada di tahap ini tidak mudah dan tidak ringan yer kengkawan..segala jerih perih terpaksa dihadapi dengan tabah. Belum kira lagi "harapan" or expectation orang kat Malaysia. Kalau kau tak convince dorang dengan "politik" korang...sorry to say...you will be BAMBU+ed all your life time.


4 comments:

~dalamdiri~ said...

maya,sedihnya dan rasa tensennya baca kisah phd maya ni.harap2 maya dapat atasi semua masalah secepat mungkin.hanya pada Dia kita bersandar harapan.

Maya said...

Terima kasih Ah....selamat hari raya maaf zahir batin

syahirahlahmi said...

salam..k.maya..kuatkan semangat iye...ckit je lg akk nk hbiskn...insyaallah semoga akk dpt buat yg terbaik...

Maya said...

Syaal...insyaAllah