Ketik

Tuesday, August 23, 2011

Lailatulqadar





Assalamualaikum...



Hari ni sudah hari ke-23 Ramadhan, nampaknya persinggahannya akan kembali meninggalkan kita. Selepas 11 bulan baru berjumpa kembali. Ketika menantikan ketibaannya kita merasa sangat gembira dan teruja. Ibarat menantikan kehadiran orang yang kita cintai...itulah rahmat Ilahi. Datangnya ia bersama berjuta rahmat dan kiafiat. Bulan penghapus dosa2 lalu, bulan mendekati lagi kepada pencipta, bulan penentuan takdir, bulan seribu satu rahsia kebahagian yang dijanjikan kepada setiap hamba yang bertakwa.



Kini, ia bakal pulang. Sedih pula mula terasa. Bagaimanapun tidak bererti perginya ia menjauhkan kita dari cinta Ilahi. Sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan, ayuh tingkatkan amal ibadah melebihi kadar biasa. Alhamdulillah hikmah berada di kejauhan, bersendiri mampu menyediakan diri untuk berkhalwat mengadap dan berbicara pada Dia. Dapat berterawih berjemaah bersama ibunda tanpa tertinggal melainkan uzur. Dapat bertadarus dan mengajarkan cara-cara dan fadilat solat2 sunat. Dapat bangun malam dan berteleku di sejadah malam bersama. Alhamdulillah.



Serba sedikit terasa nikmatnya. Terfikir kala di kelilingi orang banyak, tumpuan tidak seberapa. Lebih banyak terleka dengan bermacam kehendak dan keperluan duniawi. Di waktu2 begini, sibuk membeli belah persiapan raya, buat kueh yang bukan pun dimakan. Sibuk untuk perancangan pulang kampung. Apabila berkumpul selalunya malam2 10 terakhir berlalu tanpa pengisian. Sesungguhnya setiap segala sesuatu itu ada hikmahnya....



Dan, di 10 malam akhir inilah syafaat Allah taala sampai. Berbondong2 para malaikat turun ke bumi. Waktu itulah segala ketentuan hidup insan bagi tahun berikutnya dibawa. Antaranya senarai siapa yang bakal mati, siapa berjodoh dengan siapa, untung nasib dan musibah setiap hamba...Namun begitu jangan kita keliru untuk hanya beribadah pada malam al-qadar sahaja. Seperti mana tulisan GentaRasa. Pencarian malam ini berterusan sepanjang hayat. Berpunca dari amalan sepanjang hayat kita. Ia malam di mana hati dan peribadi kita terdidik untuk berubah menjadi lebih baik..wallahuaklam. Oleh itu hidupkan 10 malam yang akhir ini, semoga kita mendapat kekuatan untuk bangun malam sekurang2nya, untuk memohon keampunan dari dosa2, untuk memanjatkan doa bagi segala hajat..



InsyaAllah, semoga hatiku dan hati mu mendapat suluhan rahmat Rabbul Jalil



Aminnn.....



No comments: