Ketik

Thursday, August 18, 2011

Bilakah cinta itu menjadi mudhorat?

Cinta itu menjadi mudhorat apabila kita cuma bercinta untuk test mengetest atau mengisi masa lapang atau sekadar untuk feeling2 berkasih.

Cinta itu menjadi mudhorat bila ianya tidak bermatlamatkan ibadah dan sunnah yaktu nikah, membina keluarga dan masyarakat...nikah itu kan menyempurnakan iman seseorang hamba.

Sekiranya sesebuah hubungan itu tidak menjurus kepada pembinaan rohani, pengangkatan martabat insani, membina pertanggungjawaban terhadap tindakan dan keputusan, menjinakkan nafsu amarah, mendidik sabar dan mencetuskan konflik kejiwaan....maka wajiblah ianya diputuskan. Tiada istilah dosa memutuskan silaturrahim di sini.

Memutuskan silaturrahim hanyalah salah apabila akibat darinya menjauhkan kita dari kebaikan. Menjauhi kemudhoratan adalah wajib. Supaya terpelihara kita dari lagho, dari penyakit hati, dari kemaslahatan dunia dan akhirat, dari fitnah syahwat dan fitnah hawa nafsu yang menjerumuskan kita ke lembah hina.

Jadikan cinta suatu jambatan untuk membina peribadi yang zuhud. meningkatkan keimanan, menundukkan kesombongan dan menenteramkan rohani dan jasmani.

Jadi..janganlah merendah diri sebaliknya berbanggalah bila tidak bercinta di luar nikah. Justeru cinta di dalam ikatan yang halal itu lah yang afdal. Jangan cuba-cuba untuk menguji cinta bila hati sendiri belum ada ketetapan matlamat. Manfaatkanlah peluang dan anugerah cinta, sekiranya ia hadir supaya kita dapat berbahagia dan tenteram sepanjang hidup...wallahuaklam.




No comments: