Ketik

Wednesday, April 13, 2011

Masalah Orang Kawen


Pertama2 sekali, aku nak cakap aku sedang frust nih..sebab takder orang leh proofread akunyer thesis (melainkan berbayar)..ahaha, manada kerja free kat dalam dunia ni makcik Maya oiii...toink!

Okey ni nak sentuh bab menarik ni sket.

Bukan apa aku cukup anti orang update masalah laki bini kat status fb yer..masalah rumahtangga simpan lek lok kemas3 di balik dinding, tiang dan tangga rumah yer adik2, kakak2. abang2..uhu..mentang2 aku belum berumah dan bertangga, senang lah cakap yer.

Kalau jadi kat aku, sendiri pun tak hengat kan..terbukti sudah bila aku pun asek ungkit kekuciwaan kisah senta dolu2..uhuks! Tapi aku dah insaf, aku dah tak sebut2 lagi. Allah jadikan semua perkara, semua peristiwa ada hikmahnya. Ada pelajarannya buat kita menghadapi hari2 muka..dengan penuh tawwaduk.

Okey, bila terbaca update status mengeluh pasal laki @ bini ni, sedar tak kita itu bakal mengundang bahana maha berat buat batang tubuh dan jiwa sukma kita sendiri. Orang yang membaca bebas dan lancang berbuat andaian, Ooowh..dia ada masalah kah? rumah tangganya sedang berantakan kah?

Tanpa kita sedari dalam senarai rakan fb kita tu ada pula musuh2 musang berbulu ayam..jadi cepatlah musuh ni masuk jarum. Melaga2kan atau cuba merekacipta suatu musabab yang akhirnya membawa keruntuhan rumah dan tangga kita. Ingat tuh..harap aku pun mendapat seseorang yang boleh membimbing aku, agar hidup aman damai bahagia derita sabar diredahi bersama..Wallahuaklam

Kalau kita tulis sesuatu kesusahan kebendaan kita, ia seolah2 mengambarkan suami kita tak mampu nak menyediakan keperluan kebendaan kita dan kita menwar2kan keseluruh maya fana..kesian suami tu kan.

Pernah satu ketika aku men'delete' seorang kawan masa kat U dari senarai rakan fb..sebabnya hari2 update dia mengeluh laki dia tak sayang dia, tak cinta dia, dia menderita dan sewaktu dengannya. Laki dia pun kawan aku juga, kawan sejak matrikulasi..so dua2 aku kenal dan kawan. Dulu sebelum kawen, dorang ni bercenta sakan..tetiba suatu hari aku jumpa dia kat KL dan katanya dah putus. Dia macam tak berapa stabil emosinya, aku jadi kasian tumpang bersedih sebab mereka lama bersama. Then tup2 aku jumpa kat fb (jumpa laki dia dulu), aku merasa sangat gembira dan tumpang bahagia untuk dia kerana akhirnya mereka bersatu jua.

Namun bergitu, apabila selalu update status meng'ekpresikan' ketakbahagiaan rumahtangganya aku pun mula jadi tak suka orang ni (astaqfirullahalzim)..bukan apa, aku rasa dia tak bersyukur dengan untung nasib jodoh dia. Sedangkan itulah suami a.k.a kekasih idamannya sejak awal, kemudian putus,kemudian kawen juga. Haruslah bersyukur dan terima pasangan kita seadanya. Bila kita mau dia menerima kita seadanya, kita juga perlu menerima dia sebagaimana dirinya.

Kebahagiaan tidak datang sendiri, ia perlu diraih, dicipta, dipupuk, dibelai dan dipelihara setiap masa. Hummm..senang cakap bagi yang tidak merasa, sukar menghadapi bagi yang memikul..aku faham tuh. Tapi InsyaAllah, kita harus usaha dan sabar...tekad di hati semoga Allah memberkati..aminnn...

Semoga menjadi tauladan buat aku,kamu, dia dan semua..(haish seram lah pulak)

Wallahuaklam

5 comments:

syahirahlahmi said...

syaal x cukup umur lg nk baca post ni..hehe...
btw..mmg ada kbnrannya..kisah rumhtgga selesai dekat rumah...ini mmg bnda yg pling betul2 kena jge..supya org lain x amik ksmptn.. thanks 4 sharing..utk ingtn dri sendri jgk...=)

Maya said...

tak cukup umur apa, dah baligh lama dah..hihi

neway, ya lah..semoga menjadi pedoman buat kita semua spy berhati2 menjaga diri dan keluarga

Rafidah said...

kak maya, sy pon nyampah nak baca status somi istri gadoh2 kat fb.. :)

shuhada said...

maya, dr.yeang kan (former head biotech dulu) ada wat bisnes proofread nih, tp pricey gak la, tp awk leh expect really detail comments form him...cuba google website dia...shoreawords.com

Maya said...

Rafidah@

Ha'ah...tapi sukaa dan sejuk jer hati kalau baca yang berkasih sayang kannnn...hiks

Shu@

Owh..Dr. Yeang nyer english mmg bombastik fantabuloustic dan segala...er malu pulak nak mintak service dia