Ketik

Sunday, March 13, 2011

Tsunami...sedap nama tu, tapi tak sedap akibatnya

Assalamaulaikum dan selamat pagi...hee

Bukan tertinggal kapal nak ulas pasal tsunami Jepun neh..saja sebab aku yakin you all dah well aware pasal ni. Banyak jer berita kat news dan kat mana2 url pun dalam dunia cyber kan.

Jepun mmg sangat cantik dan sangat membangun negaranya. Aku pernah jejak kaki ke Water Metropolis Osaka dan Kyoto 2 tahun lepas. Ramai kawan di sana. tapi alhamdulillah setakat ini semuanya selamat dari bencana tsunami dan gempa. Bahagian yang affected cuma area coast Tokyo dan Sendai tetapi merangkumi seluruh pantai menghadap Pasific Ocean.





Well, Tsunami paling ganas, triggered by 8.9 M earthquake, datang without warning..baru jer 2 minggu lepas tgok movie "The day after tommorrow" kat TV. Nah sekarang tengok peristiwa tu yg benar2 berlaku. Memang menakutkan ya, berdiri segala bulu..eh bulu roma jer time nengok air berkelajuan 800 km/h tu menyapu segala objek di perjalanannya.



Bulan lepas gegaran 6. di Cristchurch. Bulan sebelum inland tsunami di QLD. Dalam masa sama pertumpahan darah di Egypt dan Libya. Dunia sebenarnya sudah sangat menghampiri akhir harinya. Takutkah kita? Apa persediaan kita? Kita tidak perlu takut dengan kematian berakibat dari bencana itu sebenarnya. Yang kita harus takutkan adalah persediaan kita menghadapi Dia di hari penentuan. Bekalan kita ke sana masih jauh dari cukup.

BTW, semalam kelas renang kami diajar kaedah menyelamatkan orang dalam bencana air. Kami juga diajar camaner nak response bila diselamatkan. Then akanq juga dah pandai renang, floating, selam dan renang di dasar kolam, kicking jer belum...hoho..sok2 gi Sipadan etc leh sentuh sea urchin or sea cucumber dah ler..hiks. Lagi kalau2 lah berada dalam bencana alam cam banjir insyaAllah boleh selamatkan diri dan yakin boleh selamatkan orang..insyaAllah. Tapi tsunami tak bolehlah..Petang ni mudah2an pandai kicking..tinggal next week jer lagi final class.

3 comments:

W. Hidney said...

tapi jepun negara yang maju. diorg ada sistem nak maklumkan rakyatnya pasal benda2 macam ni. compare dengan acheh, cuma kurang dari 1000 kematian dilaporkan. walhal kat acheh tu 20k mati.

lagi satu, org2 jepun ni tau apa nak buat. they have been living with constant fear since hiroshima

syAfA said...

ngee!..seram jugak tgok video..

Maya said...

Hidney@

Yup..begitulah manusia, once kita jatuh/teraniya, esok kita bangun segagah2nya :)

syAfa@
Yes dear..apalagi kalo kita berada di tempat kejadian, mengucap sajalah