Ketik

Wednesday, March 02, 2011

Seram sey...

Malam tadi selepas program My Kitchen Rule aku masuk ke kamar untuk rest sebab badan, mata dan kepala sakit semua. Hajat hati cuma nak restkan diri sebelum solat Isyak, solat2 sunat taubat dan hajat yang menjadi rutin aku setiap malam.

Sedar tak sedar jam 11 lebih, aku terasa tempurung lutut kedua2 kakiku ngilu, lalu aku cuba meluruskan kaki seberapa daya yang boleh sambil menahan sakit. Mungkin waktu tertidur tadi kakiku dalam posisi membengkok. Hampir 30 minit kemudian baru ngilu di lutut beransur reda. Aku gagahkan diri bangun dari pembaringan, duduk sebentar di katil untuk mendapatkan keseimbangan badan.

Aku ke bilik air mengambil wuduk dan menyempurnakan kewajipan solat yang belum aku selesaikan. Mataku terasa sangat sakit. Kelopak dalam mata sebelah kanan sedikit bengkak. Sepertinya aku mendapat ketumbit. Ada bonjolan kecil di bawah kelopak atas. Aku capai Refresh Plus Carmellose sodium eye drops lalu menitikkan beberapa titis ke kedua2 mataku. Ahh..terasa sedikit segar. Sebelum itu ku sapu balm tiger ke lutut biar lega ngilunya yang masih berbaki.

Ku pandang radio digital alarm clock di atas meja study sebelah katilku. Nombor digital bercahaya merah terlindung di sebalik naskah tebal tafsir al-Quran. Ke alihkan kitab tafsir kesayangan. Sudah jam 12.45am rupanya. Ku "off" punat lampu study. Cuba pejamkan mata, namun sukar sekali untuk lelap. Tiba2 terdengar detik jam tangan Timex dari dalam laci, menandakan waktu sudah merangkak ke 1 pagi. Telingaku menangkap bunyi semburan air freshner, wangian rose menebar ke segenap ruang kamar dan menusuk harum ke rongga nasalku. Tenang.

Tiba2 waktu aku kalihkan badan ke kiri, aku diserang sesuatu. Gelap berbalam2. Aku tidak pasti apakah itu. Lembaga itu terus merentap2 qiult tebalku. Ku tarik kembali namun ia tetap beradu tenaga denganku yang sudah agak lemah dan tidak mampu bergerak. Berbekalkan tenaga yang masih berbaki, aku cuba "on" kan lampu study di sebelahku. Punatnya entah di mana. Aku tarik kabelnya dekat ke badan dan cuba "on" kan lagi. Berkali-kali namun lampu tidak menyala.

Aku gapai BB ku di atas tafsir Quran. Ku tekan2 keypad. Tapi BB tetap tidak aktif. Apa yang dah berlaku. Aku jadi panik. Aku gapai pula naskah tafsir quran sambil mulutku kumat-kamit baca ayatul Qursi tanpa henti. Aku peluk tafsir Quran erat2 ke dada. Aku baca ayat 4 kul. Seingat aku, sebelum tidur tadi aku sudah baca zikir, doa tidur dan ayat 4 kul. Tapi kenapa gangguan ini tetap berlaku? Aku tarik quilt menutupi seluruh badan dan kepala ku. Namun lembaga hitam merentap kuat dari hujung kaki. Sigh! Celaka kamu...bentak aku sendiri. Sambil aku terus-terusan memeluk tafsir Quran dan membaca ayatul Qursi tidak putus2.

Tiba2 badan ku terasa ringan. Aku mengiring lagi ke kiri mengadap meja study. Aku gapai kabel lampu dan tekan punat "on". Eh! Lampu menyala. Aku capai BB ku di atas tafsir Quran. Ku tekan2 password..Eh! BB ku aktif. Aku lihat tafsir Quran terletak elok di atas meja dekat kepalaku.

Laaaa......Rupanya aku mimpi! Hahaha...Haish!!!...penat sungguh beradu tenaga dengan makhluk tadi. Quilt ku juga elok jer menyelimuti badan. Aku belek2 lagi BB tengok jam. Sudah jam 1.30am. Aku baru tertidur kurang lebih setengah jam sahaja.

Kemudian aku terus bermonolog sendirian...apalah kejadahnya mimpi tadi? Sebelum ni aku tak pernah mimpi seram kat rumah baru ni. hampir seminggu tinggal sendirian juga tiada apa2 gangguan. Saihs! Aku biarkan lampu terpasang hinggalah kemudian azan subuh mendayu-dayu kedengaran dari BB comel ku... Haiyo...makanya hari ini sangat letey tak cukup tidur huhu...

No comments: