Ketik

Tuesday, March 29, 2011

Misteri? Psiko? or Sesat??

Assalamualaikum...ada orang tak? haha..macam dah lama blog ni menyepi. Sejak tukar nama..hanya sahabat dekat dan para blogger yang ter-jejak jer yang tau.

Urmm bercakap pasal tukar url nih..dah lama, sangat lama sejak aku berhijrah ke oz ni aku dah tak pernah dapat sms2 misteri lagi. Sehinggalah pada pertengahan bulan March ni. Tetiba sms2 misteri kembali menyapa ke phone no. maxis aku. Hehe..makluman, no maxis aku tetap active yea sebab aku beli 365 hari tuh.

Neway, balik citer sms misteri. Aku dapat 9 sms misteri dan 3 call misteri dari sesapa ntah ajak "laki" aku maen takraw. Huhu..selama 11 hari dia dok cari "laki" aku kat no. aku...kesahnya. Logiknya, kalau dia kawan "laki" aku for sure dlm masa 11 hari tu dia jumpa live ngan "laki" aku kan? Takleh ajak mulut ker? Pesal sebuk cari kat no. bini kawan dia pula kan? Siap call2 lagi. Bila diangkat tak sempat hello2 dia putuskan talian. Psiko orang neh..

Aku siap suh adik aku siasat dr Kedah, dia tak layan pulak call adik aku..tapi call aku balik. Hentahlah..Aku dok suspect sorang jer, mana taukan bila dah tak dapat baca blog aku lagi dia mungkin menyamar lagi nak contact2 aku lagi. Tapi tak baek kan prasangka..mungkin bukan dia. Adik aku pun cakap suara bukan dia.

Ermmm Dulu masa kat tanahair aku selalu dapat sms misteri cenggini. Bukan 1 bukan 2, tapi puluh2 nombor entah dari sapa pun aku tak tau. Memalam miss call kejutkan aku dari tidur. Aku ni pulak jenis kuss semangat. Terkejut dering phone saja aku berdebar bagai nak tercabut jantung. Bila aku call/sms balik tanya siapa, boleh dia kata kawan dia main2 ngan nombor dia dan bukan dia punya kerja. Hummm boleh ya bagi kawan memain phone..kalau anak buah ke adik kecik ker, anak ke logik gak..Yuhu! Kantoi..

Antara banyak2 tu ada gaklah junior staf kat tempat kerja. Nak usik2 or nak memain agaknya? Maklumlah pegawai yang comel, cun lagi anggun ni single mingle haks3x..Camane aku tau staff kat tempat kerja? Sebabnya bila aku call balik dari public phone tanya "ni kat mana?" dia jawab tempat kerja kita..hahaha kantoi..

Ummm rajin jugak aku gi layan siasat psiko yer? Dulu2 lar..masa aku tak sebok..masa aku muda bergetah lagi..ngeee. Bila dah banyak sangat, aku pun malas dah layan. Memacam hal. Ada tu sms mintak tolong hantar gi spital sebab sakit sangat. Aku yang outstation mintak adik aku call balik si anu kalau boleh tolong ker apa yang patut...see baik hati sungguh aku walaupun tak tau sapa. Maklum orang dah sakit macam nak mati kan...kesahnyer..bila adik aku call/sms dia tak reply. Siot tol hantu psiko...harhar!

Dan smses/calls misteri tu berlanjutan hinggalah aku dah dekat nak mai sini. Bila dah mai sini aman hidup aku 2 tahun. Then tetiba bila aku tukar url blog muncul balik. Eh! Ada kaitan ker? Hiks..aku agak jer kalau betul hamba Allah itu pun terlibat. Sebab tanpa aku sedari dia follow blog aku dan post komen2 anon. Aku cuma beragak2 sendiri jer base on firasat kesamaan nahu dan ayat semasa kita kenal dulu2. Aku berterima kasih atas rasa keprihatinan dia dan wish2 good luck dia walaupun dia muncul sebagai anon jer. Hinggalah aku maklum dia adalah dia sebulan yang lepas. Kalau betul dia yang psiko kat no. maxis aku, aku kesian jugek..tapi apa nak ku kata lagi.

Tapi kalau bukan dia, mungkin ada yang antaranya memang panggilan sesat. Tapi anehnya orang kita bila buat panggilan sesat takut nak ngaku. Kat sini, kadang2 ada gak panggilan sesat, tapi mereka say sorry dan cakap salah nombor. Walau apa pun, kejadian sesat kat sini tak sehebat mana. Mungkin kah disebabkan no. phone di negara kita no. recyle makanya kejadian ni sangat "bermaharajalela"..kalau yang sopan okey. Bila tak sopan dan psiko ni yang tak bestnyer.

Tapi aku tukar url blog bukan kerana mau menghapus jejak diri dari dia. Ada sebab lain yang lebih kritikal yang membawa salah faham dan sengketa umat..ceeewah. Lebih baiklah blog aku tidak dibaca dan disalah erti lagi..yer kan?

Akhir kata..aku rasa cam tak cukup masa free untuk berblog sekarang..mungkin entry aku makin berkurang untuk masa terdekat ni :)

Adios!

1 comment:

syahirahlahmi said...

amboihhhh..hot nye k.maya kita nih...ramai peminat misteri dan "psiko"..haha