Ketik

Wednesday, March 30, 2011

Kerja siapa?

Semalam kecoh 2 kawan sms msg yang bunyi gini

"Assalamualaikum. tlg jgn delete, sms ini dari ibu said (juru kunci mekah) ia bmimpi btemu Muhammad Rasulullah s.a.w. Dlm mimpi itu baginda bpesan kuatkan akidah dalam ibadah krn dunia sudah goyah dan tua jgn tinggalkan solat setiap waktu. Tlg sebarkan sms ini ke 20 muslim, InsyaAllah Dlm masa 10 hari, anda akn dpt rezeki bsr dan bila tidak disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yang tiada henti2nya. Demi Allah terbukti"

Banyak sangat yer email dan sms berantai yang seolah berbunyi islamik tapi hakikatnya menyekutukan Allah dan mempergunakan Rasul begini.
Kalau di pejabat2 akan ada yang dengan rasa "tanggungjawabnya" men-fotostat dan menyebarkannya merata2. Tak kira lagi surat layang yang berterbangan melayang ke mana2.

Kepada individu yang mereka rantaian sms/surat begini...apakah ini guruan? Berpada2 lah dalam bergurau yer..dan kita juga hendaklah jangan terpedaya dengan guruan tak bijak begini yer kengkawan.

Ingat dosa syirik itu, ibadah kita tidak diterima selama 40 hari. Tergolong ke dalam golongan menyekutukan Allah juga. Nauzubillahiminzalik.

Jelas penipuannya kerana siapa itu ibu Said? Kita tak kenal dan tak tau. Penjaga kunci Mekah? Kunci apa? kaabah? Masjidil haram? atau apa? Bukan wenang2 orang juga yang boleh mimpikan rasul. Kita juga memang tahu ibadah kita perlu tomakninah dan berakidah. Kita juga memang tahu dunia makin tua dan goyah...setua dan segoyahnya kita mengikut peredaran masa.

Jelas surat berantai, apabila disuruh sebar..ditakutkan pula nasib buruk baik dalam jangkamasa tertentu.

Ingat yer kengkawan...buruk baik nasib kita, rezeki kita dan semuanya atas usaha kita dan tawwakaltualallah...bukan dengan menyebarkan msg berantai berkenaan.

Wallahuaklam..semoga kita semua dilindungi-Nya dari permainan syaitan..amiiinnn

1 comment:

Hanis Azla said...

mmg byk terima msg ttg surat berantai mcm ni.. sedihkan bila ramai yg masih mempercayai dan masih terus menyebarkannya.. semata2 hanya utk mengelakkan nasib buruk..