Ketik

Tuesday, March 08, 2011

Kamu tersentuh? Dah ternoda yo??

Hi..."kamu tersentuh" tu refleks to entry cikmek konon perasan comel. "Dah ternoda" tu pulak teringat peristiwa Abai ternoda dengan sentuhan kak Mary kat lengannya...haha! Apa kaitan. At least aku teringat bebudak tu huhu

Kamu tersentuh ya...wah kalau bab tengok orang makan nasi segunung, lauk cuma telur dadar tu perkara biasa bagi aku. Aku pun ada citer nak jadikan lebih lagi pelajaran kepada cikmek dan lain2. Tak perlu tunggu tengok orang lain, tengok kalangan kita pun dah cukup.

Sketsa 1:

Dulu ingat tak, time kita gi lunch kat Bandar Baru Bangi Seksyen 1? Masa tu aku di UKM, Semini di UPM and anda di Kolej mendapa ntah kat Kondo area KL sana tuh. Wah ingat tak time tu kamu adik2 busyuk sekalian mai umah aku reramai.

Aku amik nasi separuh + 1 lauk + 1 sayur + sirap limau;

Semini amik nasi separuh + 1 telur gulai lemak kuning + sirap limau dan

cekmek konon comel...nasi penuh + ayam seketul + lala berketul2 + sayur + fresh oren

Patutlah sejak kecik semini boleh bagi pinjam ma duit setiap putus beras. Walaupun duit belanja sekolah cuma 20 sen sehari dia masih boleh menabung!

Sketsa 2:

Masa aku tengah buat master kat UKM. Duit gaji GRA selalu lambat masuk sampai 2-3 minggu lewat. Selalu muka tebal gi jumpa kerani gaji kat bahagian keewangan UKM supaya proses gaji tepat waktu. Huhu...bila begitu aku selalu kelaparan. Bila dah lapar duit tadak mau beli makan, so aku tidur perut kosong kat surau sambil air mata menitis dan perut berkeroncong...huhu

Pernah aku dan Engku share sebungkus nasi makan tengahari dan pernah jugak kongsi motor sebab nak isi petrol tadak pitis..hihi

Dengan duit gaji RM45 sehari tu lah jugak aku buat bayar yuran master tiap2 semesta, bayar sewa rumah, kirim ke ma kat kampung setiap bulan RM300-400 untuk sekolah adik dan belanja dapur.

Sketsa 3:

Masa aku nak datang kerja RA kat UKM, baru grad 1st degree..manada pitis kan? Ma gadai rantai emasnya dapat RM600 dan ma hulurkan aku RM5 masa petang nak bertolak ke bandar PM bekal pi KL mulakan kerjaya. Dapat gaji pertama aku tebus balik rantai ma.

Sketsa 4:

Ini kisah orang lain pula, bukan kisah aku. Aku pernah ternampak sorang mamat ni kat Restoran Universiti (RU) dekat FST, UKM. Dia tersengih2 cam kerang busuk keluar masuk RU sambil belek2 something kat tangan. Rupanya dia belek2 dan kira2 syiling. Mungkin dia takut tak cukup untuk bayar makanan. Selepas 3-4 kali ulang alik dia akhirnya ambil sepinggan penuh nasi dan kuah sahaja!..dush..aku kesian tapi aku pun miskin time tu..hummm

Renung2kan dan selamat berbelanja dengan berhemah....

Kalau beli nasi ambik lauk satu jenis jer tau bukan berjenis-jenis..muahaha!
Dah ada ikan bakar sekor jangan amik daging kicap dan telur masin lagi, sangat besar nafsu tu...hahaha aduyai

4 comments:

ScoreA said...

cinabeng

Hanis Azla said...

sedih plk akak baca sketsa2 tu.. tp perkara2 itu lebih mengajar kita erti kehidupan dan nilai pengorbanan kan maya.. Bukan senang nak senang ni.. Dulu makcik akak ada bukak kedai makan kat bangi.. walau akak tak pernah rasa mcm tu, tp akak selalu juga nampak.. mmg rasa tak sampai hati juga tp kita pun takde nak membantu..

Maya said...

Puyuh @

Cinabeng tu sejenis air jugok ko? hahaha

Maya said...

Kak Hanis @

tak perlu sedih2 kak, dah lama berlalu pun hehe..sekarang dah mampu dah

Owh, makcik akak tokey restauran la yer..nape tak cakap, kalo tak boleh gi serang selalu hihi