Ketik

Thursday, January 27, 2011

Kureng Happy

Sehari dua ni kureng happy sebab:-

1. Onak ranjau dalam perjalanan pengajian dah muncul satu demi satu...

2. Orang pula tak paham situasi dan terus2an memandang dan menyangka negative banyak perkara...

3. Menerima salah paham, tuduhan tak masuk akal dan amukan ablasa..huh

4. CNF dah bubar, building school sunyi sepi macam haunted house, tader lagi para staff, tader lagi SV, tader lagi kengkawan se-ofis..ofis pun kosong tinggal aku sorang :(

5. Keceriaan selama 2 tahun ni dah mula berganti dengan kemurungan dan stress...banyak faktor luar yang menyerang dan menggasak..

Tapi aku kuat dan tabah sebab:-

1. Aku merasa lebih bahagia di sini dari di sana...sebab orang2 sini menghargai kerja2 dan usaha aku...orang sana hanya tahu menghukum, mengutuk, menjatuhkan dan menghentam

2. SV dan staff sini bersedia membantu sedaya upaya dan sentiasa menegur, menasihat, membimbing dan berkomunikasi secara berhemah dan bijaksana...marah berlapik (untuk mendorong semangat) dan hasil yang baik dikagumi dan dipuji..tak lokek minta ilmu dan skill walau individu itu besar dan kita cuma pelajar...tadek istilah mangkuk hayun, lempar dokumen keluar tingkap, mengungkit jasa etc...

3. Satu persatu masalah yang datang dapat aku hadapi dengan fikiran yang jernih, nilai dengan bijaksana dan letakkan di sudut positive untuk setiap perkara...

4. Aku rasa aku jauh lebih cool dan aku tetap fokus dengan matlamat hidup aku

5. Aku sangat mandiri, berani dalam hidup dan akan sentiasa tersenyum...

6. Allah sentiasa bersama aku saat susah senang dan jatuh bangun aku..

Till then...aku tak harap keadaan akan berubah demi aku, tapi aku juga tak harap mengubah keadaan demi gasakan individu2 tertentu..

Matlamat yang aku sedang capai bukan untuk memenuhi kehendak, cabaran, atau berdasarkan penilaian individu2 tertentu..tapi kerana ini hidup aku, masa depan aku, dan kehendak aku sendiri..

Kawan baik aku cakap..niat kita harus untuk menyumbang kebaikan dan kebajikan pada orang banyak, mengharapkan keredhaan Allah swt...NOKTAH

2 comments:

DrSam said...

My SV resigned a year after I registered for my Phd and I was assigned with a new SV. Almost similar experience with you. Just be strong girl and keep your faith! I will always pray for your success.

Maya said...

Terima kasih bro...alhamdulillah keadaan dah kembali tenang, sememangnya sy kuat! :)